Muntah : 3 Tips Merawat Si Kecil

Assalamualaikum w.b.t
Bercerita pasal muntah-muntah, tiada mama yang tidak pernah terjebak dengan situasi ini. Gusarnya hati bila tengok si kecil muntah-muntah sampaikan susu ibu pun dimuntahkan.

Kalau diikutkan susu ibulah paling mudah untk diserap dalam usus. Bila jadi kes macam ni, apa yang mama-mama kena buat ??
Bayi Muntah
[ Kredit ]

Sebelum itu, nak juga kongsi pengalaman sendiri. Sewaktu menguruskan Arief yang dijangkiti Rotavirus yang jahat tu, saya sangat serahkan pada pihak hospital untuk menguruskan Arief.

Arief muntah-muntah dan cirit birit cair. Pampers bukan menampung najis tapi seakan akan air kencing najis.

Susu badan pun dimuntahkan. Ikut bacaan dan pengetahuan, susu ibu kan mudah hadam,tapi kenapa Arief tak boleh nak telan???

Buntu~~

Akhirnya, dengan bergelinangan air mata, saya papah Arief yang tidak bermaya ke hospital. Pada waktu itu, arah jarun jam di angka dua pagi. Dan Arief hanya dimasukkan air garam pada pukul 5.30 pagi.

Tiga Jam menunggu, SABAR JELAH. Alhamdulillah, Allah jaga Arief dan Arief boleh bertahan. Berkampung di hospital 4 hari kerana Rotavirus.
Firaas pula kena sewaktu bayi. Dalam 4 bulan tak silap. Tapi Firaas muntah-muntah dan langsung tidak boleh menerima susu ibu. Pengalaman pertama saya menyebabkan saya serik.

Saya berjumpa doktor dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan awal. Doktor memberikan beberapa peket ORS dan ubat-ubatan yang berkaitan. SMECTA pun sama fungsi dengan ORS.

Contoh ORS. Ada Perisa Oren. [ kredit ]
Saya ni anti sikit ubat-ubat yang dirasakan tidak perlu. Jadi, saya minta bantuan MR.Google untuk mendapatkan panduan merawat anak muntah. Antara laman web yang boleh dijadikan panduan ialah
Jadi berdasarkan langkah yang diberikan, saya cuba praktiskan untuk merawat Firaas. Serik nak berkampung di wad, patah pinggang mak. Apa yang saya buat.??Jom Check 3 Tips Rawat Anak Muntah :
  1. HENTIKAN . Ya, hentikan segala bentuk minuman dan makanan pada bayi. Masa tu Firaas minum susu ibu je. “Eh, takpe ke anak tak makan apa2?” . Dah tahu dah, mesti itu yang terlintas difikiran kan. Takpe mama-mama. Kita bagi peluang usus anak untuk tempoh bertenang. Mungkin ada keradangan/luka di dalam usus, yang menyebabkan ia tak boleh menyerap apa-apa sahaja bentuk minuman dan makanan untuk seketika. Jadi, usus pun perlukan masa untuk kembali bekerja seperti biasa.
  2. BERIKAN ORS. Untuk bayi ambil yang tak ada perisa. 1 sachet biasanya untuk 8 oz kalau tak silap. Saya bancuhkan siap-siap dalam botol susu 8 oz.
  3. MULAKAN memberi minuman atau makanan sedikit demi sedikit selepas 8 jam.
PENYEDIAAN ORS
Cara nak bagi ORS untuk Firaas yang masih bayi, saya guna picagari. Mula-mula 2.5 ml. Selang 5 minit bagi lagi 2.5 ml. Selang 10 minit, tingkatkan isipadu ke 5 ml.

Jika bayi ok, dan tak muntah, Saya tingkatkan pula ke 1 oz. 10 minit kemudian 1.5 oz. Setengah jam kemudian, bagi lagi 2 oz.

Rasa-rasa macam Firaas macam lapar, bagi lagi 2 – 3 0z. Bayi biasanya 3 oz ke bawah dah cukup. Ulangi langkah-langkah ni sampai 8 jam.
Saya ni fobia nak tengok Firaas muntah-muntah lagi. Jadi, saya sanggup tunggu sampai 8 jam, baru la berani bagi susu badan sikit-sikit dalam botol.

Mula-mula bagi 1 oz dulu. Jika keadaan ok, tambahkan isipadu susu sedikit demi sedikit ikut keperluan.
Alhamdulillah, dengan ilham dan pertolongan Allah, Firaas dah tak muntah. Alhamdulillah syukur. Berkat kesabaran dan tawakkal, saya tidak perlu berkampung di wad.
Cubalah Mama-mama sekalian. Sambil-sambil merawat anak tu baca bacaan Syifa dan minta Allah bantu sembuhkan anak.

[ kredit ]

Penting ye untuk dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keadaan sebenar si kecil. Bila keadaan tidak serius, baru boleh merawat sendiri guna apa yang dibekalkan.

Bukannya apa, kadang-kadang sebagai mama kita tidak boleh harapkan seratus-peratus pada pihak hospital untuk merawat anak sendiri. Tanya doktor dan belajar rawat anak.

Macam kes saya, sebab doktor tak ada untuk buat keputusan, Arief yang masuk wad pukul 2 pagi, pukul 5.30 baru dirawat. Nurse tak boleh buat rawatan sesuka hati, melanggar polisi kot.

Dan sekarang, saya akan bertanya doktor apa sahaja yang saya tidak faham berkenaan ubat, penyakit dan apa-apa sahaja. Dan bandingkan dengan doktor lain. Juga bandingkan dengan perubatan alternatif seperti homeopati dan tradisional.

Anda KAJI, anda TAHU, dan rasai KESAN dan rawatan TERBAIK untuk anak anda.

[ kredit ]
Oh ye, ORS sama fungsinya dengan Performance Drink. Kalau ORS tiada di rumah, boleh cuba Performance Drink untuk elakkan hidrasi.

Keistimewaan Performance Drink  Shaklee adalah merupakan minuman isotonik kurang gula yang mempunyai kepekatan sama dengan darah manusia.

Oleh itu minuman Performance Drink Shaklee ini mudah diserap oleh tubuh dan membekalkan tenaga segera kepada tubuh yang keletihan dan kurang bertenaga..
Menariknya, rasa sensasi Peformance Drink Shaklee lebih sedap dari Garam ORS yang sering diberikan oleh klinik mahupun dibeli dari farmasi.

Jadi bagi ibu bapa yang runsing anak-anak yang masih kecil tidak mahu minum air garam ORS untuk mengelakkan dehidrasi pada anak boleh menggantikannya dengan Perfomance Drink Shaklee
Kesimpulannya ia amat sesuai untuk orang yang mengalami cirit-birit, muntah, demam juga demam campak untuk mengelakkan dehidrasi.

Ia boleh dinikmati oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga ke orang tua kerana tidak mengandungi bahan kimia, bahan perasa, pewarna dan pengawet tambahan.
Semoga Berjaya.. =)



Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

2 comments :

  1. Kalau minum ors tu ank mmg akan berak ea?

    ReplyDelete
  2. ORS tu untuk berhentikan muntah dan cirit birit anak. InshaaAllah. Sebab ciri ORS ni die serap terus dalam darah, elakkan anak dehydrate. Jangan bagi makanan apa2 selain ors selama 8 jam. Ikut pengalaman saya macam tulah.

    ReplyDelete

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in