5 Tips Mudah Hamil

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga mama-mama semua sihat dan ceria selalu. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kehamilan. Menyentuh soal kehamilan, inilah saat yang didambakan oleh setiap lelaki dan wanita terutama kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga. InshaaAllah rezki yang satu ini Allah akan bagi juga tetapi masa yang akan menentukan sama ada bunting pelamin ataupun mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat.

Bakal Bapa dan Mama sekalian, anda yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, ketahuilah Allah sebaik-baik perancang. Mungkin rezeki anda lambat kerana Allah ingin kehidupan anda stabil dahulu, atau diberi ruang untuk merapatkan hubungan dengan menyulami hari-hari bersama dengan mood 'honeymoon' atau apa-apa sahaja kebaikan yang perlu difikirkan. Fikir positif dan baik-baik maka result yang dapat pun pasti lebih baik.


Sepanjang saya hidup, apabila 'surfing' berkenaan kehamilan, ini adalah tips yang sering dibincangkan didalam blog-blog kesihatan dan seangkatan. Jom semak :

1. Mengenalpasti Hari-hari Subur 

kredit to : iramummysikembar
Dengan kata lain ialah merancang waktu semasa bersama dengan pasangan. Kadar maksimum jangka hayat sperma di dalam rahim wanita ialah selama 5 hari. Manakala jangka hayat ovum hanyalah 24 jam. Disarankan agar melakukan hubungan dua hari sebelum masa ovulasi/keluar telur. Ada beberapa cara untuk mengetahui waktu subur wanita. Antaranya ialah menggunakan sistem kalendar, Basal Body Temperature (BBT) - Melalui BBT memerlukan masa sekurang-kurangnya selama 3 bulan untuk menganalisa corak graf waktu ovulasi anda, Mengesan melalui air liur iaitu Fertile Focus Ovulation Microscope, Mengesan melalui lendir serviks, Ovulation Predictor Kits (OPS) iaitu alat pengesan melalui air kencing atau menggunakan Strip Penguji Waktu Subur yang boleh didapatkan difarmasi (Fertility). Kalau mahu mudah, dapatkan nasihat pakar di klinik klinik yang diiktiraf.

Contoh Carta BBT. Kredit to : nurhazila
Untuk mama-mama yang mahu mencuba kaedah mengenalpasti kesuburan, perkara ini kadang-kadang boleh mendatangkan stress. Disarankan supaya mengawal emosi ye mama-mama. Bagi saya, mengesan waktu kesuburan melalui air liur agak mudah dan tidak memerlukan disiplin yang tinggi tapi kos tinggi. Untuk murah dan perlukan disiplin sikit ialah kaedah BBT.

2.Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol 


Sebagai orang islam haram kan minum air beralkohol. Ini panduan untuk semua pembaca. Menurut kajian yang diterbitkan oleh konferens ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, kadar peratusan minuman beralkohol menurunkan peluang untuk wanita hamil secara normal ialah sebanyak 44% manakala kadar untuk wanita perokok pula ialah sebanyak 28%. Kesan merokok bukan sahaja mempengaruhi kesuburan wanita, malah ia berisiko untuk janin yang dikandung!!!


3. Posisi Tepat Saat Bersama


Mengikut kajian, posisi yang tepat juga membantu proses kehamilan. Posisi yang disarankan ialah missionary iaitu melalui posisi ini dikatakan memberi kadar penetrasi yang cukup dalam untuk membolehkan rahim menyimpan sperma dalam waktu yang lama. Sebaiknya ialah menghindari posisi 'women on top' yang akan mengecilkan peratusan rahim untuk menyimpan sperma dalam jangka masa yang panjang. 

4. Mengawal Berat Badan

Berat badan yang normal dan seimbang memiliki peluang besar untuk hamil. Kebiasaannya pasangan yang memiliki masalah berat badan akan mengalami masalah untuk hamil. Berat badan yang berlebihan akan mempengaruhi kesuburan. Disarankan kepada pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat untuk mencapai berat ideal untuk kesihatan dan kesuburan. 


5. Makan VitaminUntuk mudah hamil

Makan makanan atau vitamin yang mengandungi zat-zat yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan anda dan pasangan. Vitamin C - Untuk meningkatkan kualiti sperma, Vitamin E - boleh meningkatkan kesuburan suami dan isteri, Vitamin B12 - Mengandungi asid folik yang berperanan didalam pembentukan otak dan perkembangan janin yang bakal dilahirkan. Anda tidak perlu bersusah payah kerana Shaklee menyediakan semua vitamin yang disenaraikan.



Contoh cadangan set dalam Shaklee
Ada banyak sebenarnya tips Mudah Hamil. Tapi saya pilih 5. Moga panduan ini memudahkan bakal-bakal mama dan baba. Kalau nak dapatkan konsultasi percuma mengenai set kesuburan Shaklee, jangan malu-malu tanya ye.









Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in