Salam Julai..Sepatutnya salam Syaaban ek.. Erm kembali ber’blog’ setelah mengendahkannya kerana malasnyer nak menaip.. Ok my Arief sedang beradu.. so boleh la kiter ber’blog’ semula yerp... Hari nie Arief dah berusia 57 hari... Alhamdulillah masih diberikan rezki untuk menikmati susu mama die nie... Erm, so saya nak share persediaan penyusuan untuk bakal ibu .. Yerlah walaupun tak ramai yang membacanya, at least untuk diri sendiri.. Senang nanti anak-anak dah besar bleh buat rujukan kat blog mama dier... (Huh berangan lagi)..
Persediaan yang paling utama ialah niat.. Niat nie mesti disemai sejak mengandungkan zuriat lagi.. Kiter niat bersungguh-sungguh nak menyusukan bayi..InsyaAllah sebaik sahaja bayi lahir, rezeki susu untuk anak akan ada.. Yang kedua ialah ilmu penyusuan..Ok memang sebagai bakal mama kiter mungkin akan rasa kurang faham istilah-istilah penyusuan di dalam buku, artikel, nota atau rujukan internet...tapi percayalah apabila kita banyak membaca secara tidak langsung ilmu itu akan kekal dalam ingatan kita... dan apabila kita telah melahirkan, teori yang melekat di dalam otak akan diaplikasikan untuk dipraktikkan dan pada masa proses praktikal itulah kita akan faham apa yang kita baca semasa mengandung...Itu adalah pengalaman saya... saya tidak memerlukan masa yang lama untuk memahami kaedah penyimpanan susu ibu..dan stok Arief sudah mula dikumpul selepas seminggu dilahirkan...Alhamdulillah...
Yang ketiga, bila ilmu dah ada bolehlah mula mengumpul alatan penyusuan. Mari saya senaraikan persediaan saya sendiri semasa mengandung sehingga kini...
- Buku Persediaan Untuk simpanan susu.. Beli online di sini..Mudah nak rujuk semasa dalam pantang.. Tak perlu la nak ber’online’ baru boleh buat rujukan.. Lagipun bukunya lengkap, mudah difahami, panduan beserta gambar, nipis dan mudah dibawa ke mana-mana.
- Pam susu manual jenis Medela Harmony..Pam ni saya beli melalui online di site Lin Chalo.. Harga kat site nie Rm 100++ (Lupa la).. Kalau kat luar, harganya Rm 200++..Memang ada pam yang lebih murah, tapi tak salahkan kita melabur untuk pengumpulan susu yang maksimum.. Kenkadang pam yang murah akan menyakitkan nipple kiter (mungkin luka).. atau susu malu nak keluar.. Ini adalah pengalaman yang dikutip daripada kawan2 sendiri..Jenis manual ni kiter kene gunakan tangan untuk proses pam.. Penat la sikit.. tapi pam ni senang nak dibersihkan..Sebab tak banyak komponen nak diselenggara.. Nipple pun tak sakit masa proses pam..So ikut la mama-mama nak pilih pam mana mengikut keserasian.. nak tahu pam mana serasi atau tak paham tentang pam yang diperkatakan.. Nanti saya update lain yer...
- Sterilizer.. Yang ni saya beli pre-loved... Boleh rujuk sini.. Alatan ini untuk membersihkan bekas susu bayi, pam susu, permainan bayi.. semualah yang sesuai untuk dibersihkan.. Rasanya tak rugi untuk beli sterilizer terutama untuk ibu berkerjaya.. Kenapa yer??? Sebab bila kiter sudah mula berkerjaya, ia akan menjimatkan masa untuk proses membersihkan peralatan bayi sebelum dibawa ke rumah pengasuh keesokan hari..Lagipun masa untuk proses pendidihan 8 minit jer... Kan dah jimat masa...
- Bekas untuk simpanan susu.. Saya beli di site Mom’s Little One.. Klik sini.. Bekas ni kecil dan cute jer... Kapasiti boleh muat sebanyak 2oz susu.. Memang kecil bekasnya sebab masa saya pam susunya tak berapa banyak.. .. Paling banyak pun 3oz.. Jadi saya beli bekas kecil dulu.. Sebab ia memotivasikan diri sendiri untuk mengumpul susu dengan lebih banyak dan kiter akan berasa senang hati bila tengok bekas susu tu penuh... Takpe, beli dulu bekas kecil, nanti bila susu dah makin banyak beli la bekas besar.. Ada bekas besar gak 5oz rasanya... Bila stok dah banyak timbul pulak masalah tempat simpanan yang terhad.. So mama-mama belilah bekas plastik pulak.. Kapasiti 8oz... Terpulang lah pada mama yer...
- Cooler bag + Ice pack..Yang ni saya beli kat site ini.. Apa pulak fungsinya yer.. Ia adalah tempat simpanan sementara susu yang diperah.. Contohnya apabila kiter sudah mula berkerja, kita memerlukan ruang simpanan susu yang telah diperah... Susu ibu yang telah diperah hanya bertahan selama 4 jam pada suhu bilik..Jadi, untuk tahan lama kiter kene simpan dalam peti sejuk..Cooler bag + ice pack ni boleh menggantikan peti sejuk tadi... Tahan 16 jam ok.. Kiter keje 8 jam jerk kan.. So sebaik sahaja balik kerja, boleh lah keluarkan susu yang diperah tadi, dan simpan dalam peti sejuk.. Mudah bukan.. Banyak lagi kegunaan die..Tapi dengan contoh yang saya beri, saya harap mama-mama faham akan kepentingannya...
Cooler bag n Ice Pack Jenama Jingle Jungle |
Ice pack Mom's Little Ones |
Itulah setakat ni peralatan penyusuan saya.. Yang kelima pula ialah praktikkan dan berfikiran positif.. Melalui pengalaman saya, sentiasa berfikiran positif iaitu sentiasa fikir susu itu ada untuk bayi kita.. Memang susu tidak semeriah lagi sama seperti semasa dalam pantang.. Tapi percayalah ia memang cukup untuk bayi kita.. Jangan fikir susu sudah kering, maka kena campur dengan susu formula.. Bila kita dah berfikiran negatif, maka begitulah yang akan jadi... Ingat Allah itu maha pemurah, susu ibu adalah hak zuriat kita...Dan ia memang mencukupi untuk zuriat kita sehingga 2 tahun.. Yang penting usaha mama-mama untuk makan makanan berzat untuk penghasilan susu yang konsisten... Sentiasa susui bayi kita dan sentiasa pam ... apabila permintaan susu sentiasa ada, maka kilang susu akan sentiasa beroperasi untuk menghasilkan susu...Walaupun kita pam tapi susu hanya sedikit jer keluar, jangan putus asa.... keep pumping sebab practice make perfect...Positif yer mama....InsyaAllah.. Pen off...Arief dah nangis...
·
perkongsian yg hebat! kenape tak masuk contest dunia susu ibu..pengalaman mahal yg boleh kite share same2 kat contest..suke bace! ;)
ReplyDeletenak masuk... tapi alahai... InsyaAllah.. tq ummu muhammad..
ReplyDelete