Kronologi Kembara Mahkota Johor 2014


Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan untuk mencoret kisah hidup pinjaman Illahi. 3 hari mood menulis ke laut rentetan anakanda Firaas kurang sihat. Demam nak besar katanya.

Sambil membuai anakanda Firaas yang manja terlebih bila kurang sihat, jadi ingin saya abadikan serba sedikit coretan  berkenaan Kembara Mahkota Johor 2014.

Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor. Buat pertama kalinya, baginda memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama tokoh korporat, VVIP serta Ketua-Ketua Jabatan menyelusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu. 

Berikut ialah tema sepanjang tahun dari tahun 2001 hingga 2013.

 
 








 






 
 


 

Objektif utama ialah mendekatkan jurang antara golongan diRaja dan rakyat marhaen. Sepanjang saya terjebak dengan Kembara Mahkota ini, dari sudut positif, prasarana yang mungkin diendahkan, akan dibaikpulih serta merta. Khususnya prasarana yang terlibat dengan laluan rasmi KMJ. Syukur.


Untuk tahun 2014, julung kalinya bas dipilih sebagai kenderaan utama bagi konvoi kali ini. Laluan yang bermula dari Mersing - Kluang - Batu Pahat - Muar ini biasanya menarik perhatian rakyat marhaen Negeri Johor untuk melihat sendiri wajah kesayangan rakyat dari jarak dekat.


Logo Rasmi Pada Tahun 2014


Di Kluang, saya ditugaskan di Hospital Besar Hajah che umi Khalthom. Jadi, kami bersama para doktor dan jururawat menanti kedatangan bas diRaja. Mengikut jadual, sultan akan melawat pameran yang dikelolakan oleh hospital-hospital di negeri Johor, Sultanah pula ke wad bersalin untuk menyampaikan sumbangan.



Ketibaan Sultam dan Sultanah yang dinanti. Dapat jarak jauh je, tak larat mak budak nak berhimpit himpit dengan sejumlah besar rakyat Johor yang nak bersalam dengan pasangan diRaja.


Gambar anakanda Sultan Johor. So good looking.




Gambar kami disamping bas dan kenderaan pengiring. Kita bagi peluang gambar pula untuk berbicara.


Kami tak melepaskan peluang untuk mengabadikan foto kenangan dengan Askar Timbalan Setia Negeri Johor aka J.M.F. yang sering jadi kontroversi khususnya dalam arena bola sepak negara. Agak-agak ada peluru tak ek dalam M16 tersebut. Saya pun pernah pegang M16 semasa menyertai kadet polis sekolah menengah (Ayat nak menang)

Kembara di Kluang selesai jam 12.30 tengahari. Walaupun berpeluh menahan kepanasan tapi kami gembira merasai pengalaman konvoi diRaja yang saban tahun diadakan. Mungkin ini tahun-tahun terakhir saya menjebakkan diri dalam bidang protokol dan akan jadi kenangan terindah seumur hidup.

Saya nak jadi Work At Home Mommy.. Second choice, as a teacher. Moga impian saya tercapai. Shaklee adalah asbab untuk saya mencapai impian saya. InshaaAllah akan lebih berusaha untuk merebut rezeki Allah yang BANYAK di dunia ini.

Ini adalah salah satu sebab kenapa saya mula berubah. Jemput klik gambar dan baca pengalaman seorang bekas jurutera yang memilih untuk menjadi Jutawan dengan izin Allah. Dan saya adalah insan terpilih seterusnya.


Moga anda kaya dan berjaya.





Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in