Petua Tambah Susu Badan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kembali bersiaran dan bersemangat untuk berkongsi sesuatu yang berguna di blog kesayangan. Untuk pengetahuan, tak lama lagi blog saya akan berwajah baru hasil tangan WhiteyMommy. Sangat tak sabar untuk tengok hasil superbb beliau.. Lagi semangat la nak update blog.

Saya adalah pengedar Shaklee anda. Perkenalkan diri dulu pun tak apa kan. Ok straight to the point, alhamdillah hampir 3 tahun saya di alam penyusuan eksklusif. Macam-macam kes masalah penyusuan yang saya hadapi dan alhamdulillah berkat USAHA , KEINGINAN, ELMU dan TANGGUNGJAWAB, saya berjaya tangani masalah ini dan alhamdulillah susu masih ada walaupun susu badan saya pernah KERING. Sedih pula bila teringat.

Kes Ketiga diberi nama SUSU KERING. Ini disebabkan oleh ketiadaan tempat untuk saya simpan susu badan semasa belajar jarak jauh di Pulau Pinang. Biasanya akan ada peti ais pelajar untuk saya tumpang letak susu badan sebelum diposkan ke Kluang. Tapi tahun-tahun akhir pengajian, saya ditempatkan di asrama yang tidak disediakan peti ais. Jadi, saya mati akal untuk simpan semua susu yang bertahan 4 jam sahaja dan perlu disejukkan secepat mungkin untuk mengelakkan ia rosak.

Saban hari bersedih kerana terpaksa buang susu yang diperah. Kemudian, saya berpeluang hapuskan dosa kerana dilanda demam denggi. Allah sayang saya dan di Pulau Pinang saya ditahan di wad selama seminggu. Lama-kelamaan, susu makin sikit dan resa pun tiada. Mungkin disebabkan ubat-ubatan yang dimakan sepanjang saya dirawat di hospital.

Setelah 3 minggu berlalu, saya kembali ke Kluang dan bekerja seperti biasa. Pilu rasanya bila menyusukan Firaas yang baru berusia setahun 1 Bulan, bersungguh-sungguh hisap susu mama tetapi keluar 4-5 titik sahaja, tidak seperti biasa. Bila saya cuba pam, 1/2 aunz sahaja dapat untuk kedua-kedua payudara. Resa susu keluar pun hilang entah ke mana. Rasa putus asa memang ada, tapi saya perlu kuatkan semangat. Firaas masih bersemangat untuk hisap susu walaupun susu tidak ada, jadi sebagai mama saya mesti seratus kali bersemangat dari Firaas. Selagi bayi ingin menyusu, peluang susu untuk kembali meriah adalah TIDAK MUSTAHIL.

Langkah pertama, tanya En. Google. Keyword TAMBAH SUSU BADAN, TIPS TAMBAH SUSU, UBAT TAMBAH SUSU, itulah antara keyword yang ditaip. Memang ada banyank penyelesaian. Antaranya :

  1. Power Pumping - 10 minit PAM .. 10 minit REHAT .. 1 jam PAM.. 1 jam REHAT. Biasanya buat waktu malam. 
  2. Makan makanan penambah susu, SAWI, LOBAK PUTIH, HALBA dan macam-macam lagi.
  3. Ada sahabat sarankan pergi ke farmasi dan ambil ubat DOMIL kalau tak silap. Ia berfungsi untuk tambah susu. Dikhabarkan kesannya sangat pantas. Setelah ditelan pil tersebut, susu akan keluar dengan banyak. TAPI dalam masa singkat dan pil perlu dimakan semula. Jadi, setiap kali ingin susukan anak, makan pil dulu.
  4. Makan SHAKLEE : Alfafa + ESP + Kalsium.

Untuk pilihan pertama saya ada amalkan tapi sedih bila tengok hasil susu yang sedikit. Tapi saya tetap buat walaupun tidak kerap. Alhamdulillah ada peningkatan dari 1/2 aunz ke 2 aunz. Berkat Allah tolong dan Firaas tak jemu hisap dan ini secara tidak langsung merangsang kilang susu untuk kembali bekerja mengeluarkan susu seperti biasa. 

Pilihan kedua pula adalah perkara yang agak lemau untuk saya buat. Saya tidak suka makan sayur. Gulpp.. Kecuali bendi, kangkung atau sawi jepun. Kalau lobak putih tu agak bercinta nak menelannya. Manakala Pilihan Ketiga pula, saya terpaksa menolak kerana memikirkan kesan jangka panjang. Hati saya sangat tidak keruan untuk menelan pil serendah RM5 itu semata-mata sebagai jalan pintas untuk pengeluaran susu badan. Anak saya pasti dapat kesan dari apa yang saya telan. 

Alhamdulillah Allah tolong dengan ALFAFA SHAKLEE sebagai medium. Mula-mula saya cuma makan ESP dan kalsium. Alhamdulillah ada peningkatan dan saya sangat bersyukur kerana resa sudah kembali setelah hampir seminggu berusaha. Resa susu yang paling dirindui kembali kepada saya. Alhamdulillah syukur.. Berusaha ya puan-puan.. Berusaha itu maksudnya, SENTIASA DOA MINTA ALLAH TUNJUK JALAN, KERAP KOSONGKAN PAYUDARA WALAUPUN SUSU TIDAK KELUAR (POWER PUMPING) , MAKAN MAKANAN BERKHASIAT, KERAPKAN ANAK SUSU DIRECT WALAUPUN RESA MASIH TIADA. Saya ulang sekali lagi, selagi anak mahu menyusu, TIDAK MUSTAHIL susu akan keluar seperti biasa.

Seterusnya saya order ALFAFA SHAKLEE untuk tambahan nutrisi. Almaklumlah saya ni bukan peminat sayur tegar. Oleh kerana ALFAFA berasaskan herba dan tumbuhan, tak salah kita cuba kan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Keesokannya saya pam dan dapat 8oz.. 8oz dari 2oz atau 3oz sahaja.. Alhamdulillah, Allah tolong saya, Allah temukan jalan.. Alhamdulillah syukur atas nikmatMu Ya Allah.

Doa perlu spesifik. Saya selalu doa, "YA ALLAH, bantu aku untuk memperbanyakkan susu badanku, Ini adalah hak zuriatku dan aku ingin menunaikan tanggungjawabku menyusukan Firaas sehingga dua tahun. Mengikut apa yang kamu suruh Ya Allah. Permudahkanlah urusanku.."

Allah sentiasa ada untuk bantu kita. Tidak mungkin Allah akan menyukarkan perjalanan penyusuan kita semua sedangkan Dia suruh kita susukan anak tanpa makan apa-apa makanan pejal sehingga 2 tahun. Tapi kita 6 bulan dah bagi makan. Cuma Firaas 10 bulan baru saya bagi makan. Hati tak kuat untuk tunggu sehingga 2 tahun baru bagi makanan pejal. Mungkin anak ketiga. Dengan bantuan Allah dan Shaklee.. Shaklee datang dari apa yang Allah cipta.. Jadi semua dari Allah. Manusia cuma perantara mencipta untuk manusia.

Doa-doa juga ye.. Usaha pun kena tip top. Selagi ada keinginan yang kuat, InshaAllah apa yang diimpi akan menjadi kenyataan. Kita Ingat Allah, Allah lagi ingat kita...

( NOTA : KERAP PAM | JAGA MAKAN | KERAP PAM | JAGA MAKAN | SUSU MAINTAIN )


Salam Jumaat
Lepas habis Exam
Semangat Baru Untuk Bantu Ramai Orang.








Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in