Assalamualaikum.
Hari ini daku nak cerita pasal masak-masak. Oleh kerana duduk sebumbung dengan suami selama 3 minggu untuk menghabiskan cuti bersalin, wajiblah rajin masak hokey.. Tiap-tiap hari memikir nak masak apa. Macam ni rupanya rasa cabaran suri rumah sepenuh masa..
Cerita pasal cabaran dulu boleh tak?? Hu hu hu.. Anak daku ada 3 orang.. Ketiga-tiga hero. Ok bila nak memasak tu, daku tidurkan Ammar si baby bam bam. Bila sedia nak masak, Arief menjerit pulak bergaduh dengan si Firaas.
Pastu Ammar celik, macam mana mama Sunz nak masak nak oiii...Tak pasal-pasal jadi raksasa Gorgon nak memasak punya pasal.
Setelah mencuri masa, menjerit bagai, maka terhasiilah resipi ini. Rujuk blog jugak, tapi lupa pula dari mana. Nanti ingat, daku pasti update. Tak suka curi hakmilik orang tau.
Baba beli ikan siakap dan minta masak stim katanya. Jadi sebelum masak, daku basuh ikan dengan tepung gandum. Rasa macam hanyir je lagi, so daku basuh pula dengan air asam jawa. He.. he.. Tak suka ikan hanyir kot. Jom masak.. Dah 15 kali ulang Jom Masak.. Jom Masak..
Resipi Ikan Siakap Stim
![]() |
Ikan Siakap Stim Ku |
Bahan-bahan
1 Biji bawang besar (**cincang/tumbuk)
2 ulas bawang putih (**cincang/tumbuk)
Halia (**hiris)
2 batang serai (**hiris)
2 biji cili kampung (**hiris)
Separuh Lemon
Sos Ikan
1 sudu gula
Lobak
Daun Bawang
Cara-cara Penyediaan
Panaskan Pengukus anda. Guna kuali ajaib pun boleh
Letak ikan dalam loyang
Taburkan semua bahan kecuali lobak dan daun bawang
Masukkan air untuk kuah
Masukkan air untuk kuah
Kukus sampai setengah masak
Buka penutup, tabur lobak dan bawang besar yang dipotong bulat-bulat
Perasakan dengan gula dan sos ikan.
Akhir sekali taburkan daun bawang.
Siap......
Rasanya sedap. Masam, pedas dan manis. Perasakan ikut selera masing-masing. Sos ikan ni pengganti garam. Sejak dah ada sos ikan, masakan menjadi mudah tau, Pernah baca kat blog-blog, kat kedai makan kelantan Thai tu memang guna sos ikan bila masak. Patut la sedap.
Jangan kata masa memasak ni tak menjerit bagai. Sempat nyusukan anak lagi, sempat nak jadi raksasa Gorgon sebab Arief dok kacau si Firaas. Hailah nak. Resam beranak rapat. Kurus tak jugak...
Menu Lain seperti di bawah. Resipi akan menyusul. Resipi ni perlu ditepek sebab takut lupa pulak nanti.
![]() |
Teruk Goreng Ikan bilis Nyummeh |
Terung memang favourite lah.. Alkisah mak daku pernah tersalah masak. Beliau goreng rencah ikan bilis, bawang merah dan bawang putih terlebih garing. Pastu beliau masukkan je terung. Eh sedap la pulak. So ini resepi wajib masak sebab sedap ooo..
![]() |
Sawi Goreng Rangup |
Akhir sekali Sawi goreng rangup.. Hahahahaha.. Selalu orang goreng bayam, daku taram je goreng sawi. Dari layu kat peti ais, goreng je la nak. Letak tepung, lada sulah, garam sikit. Celup dalam telur, pastu celup dalam tepung, celup pula dalam minyak. Taraaaa...
Tapi berminyak sikit la non. Jadi tak boleh masak selalu. Rasa superb.. Krup. krap.. krup.. krap.. Tak caya, sila tanya encik suamiku..
Untuk Arief dan Firaas, daku dah gorengkan ayam kecik2 celup tepung. Sebelum baba balik kerja, depa dah ngap dulu. Aman sikit rumah bila depa ngap,, Anak-anak..
Selamat Mencuba Tau. Masak Itu kacang Je.. Bye..
0 comments :
Post a Comment