Ahamdulillah masih diberi masa untuk menulis. Semangat datang berkobar-kobar sejak mentor saya Master Firdaus dan Master Kam Maria paksa untuk update blog.
Bukan paksa pun malah sekarang lebih rela hati untuk berkongsi apa sahaja yang dirasakan bermanfaat.
[ kredit ] |
Berbicara soal sedekah, ia seangkatan dengan derma. Iaitu "Suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap redha Allah SWT dan pahala semata"
Nampak mudah, tetapi ramai yang masih berkira untuk melakukan amalan ini sewaktu mendapat rezeki yang banyak dari Allah.
Janganlah kamu takut kepada kemiskinan kerana membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245)
Merujuk buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil karya saudara Fathuri Salehuddin, beliau ada menekankan isu Sedekah di beberapa bab.
Formula dari Allah -- > 1 - 1 = 10
Sesiapa berbuat kebaikan akan mendapat sepuluh kali ganda ganjaran.
Allah dah janji akan bagi 10 kali ganda dari apa yag kita sedekah. Malah Allah Maha Kaya boleh membalas sehingga 700 kali ganda dan lebih lagi.
Mulakan dengan sedekah yang mudah-mudah dahulu dan tingkatkan kuantiti dari masa ke semasa.
Kebetulan, sebelum cuti sempena Kemenangan JDT dalam Liga Super 2014 tempohari, kami di pejabat sambil rewang sambil bercerita Mudahnya Sedekah.
5 Tips Mudahnya Sedekah
[ kredit ] |
1. Mulakan derma di Masjid setiap kali Jumaat atau setiap kali singgah di masjid untuk menunaikan solat. Biar sikit tapi istiqamah dan dipertingkat dari masa ke semasa.
2. Sentiasa bersedia dengan duit kecil. Boleh mulakan dari sekarang, bila singgah di RnR, bagi Cleaner yang sentiasa jaga kebersihan RnR untuk kemudahan kita semua.
3. Juga sedekah pada abang-abang atau pakcik-pakcik yang sentiasa berkhidmat angkut sampah di rumah kita. Sekurang-kurangnya lepas duit sarapan mereka.
4. Zakat wajib 2.5 peratus pendapatan. Kalau nak kira sendiri, rujuk sistem pengiraan dari Majlis Agama Islam Johor.
[ kredit ] |
5. SENYUM. Senyumlah paling mudah. Dikira sedekah juga. Malah, setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.
Ada banyak sebenarnya cara mudah untuk sedekah. Antaranya, Sedekah duit untuk jemaah berbuka puasa, Sedekah telekung di setiap masjid dan surau, Sedekah Kipas atau Aircond di Sekolah-sekolah Tahfiz dan banyak lagi.
Mudahnya menjemput rezeki dengan sedekah. Berkenaan bagi sedekah pada makcik cleaner, kawan sepejabat yang mencadangkannya setelah mendengar ceramah Prof.Muhaya.
"Akak bagi kat makcik tu, Banyak kali dia ucap terima kasih Sunz.. Sedangkan tak la banyak dalam tu, tapi penghargaan setinggi gunung"
Terharunya dengar. Ok, lepas ni saya pun nak sediakan bekalan duit kecil untuk jadikan amalan sedekah sebagai gaya hidup. Amin, moga kita semua dimurahkan rezeki dengan mengikut suruhan Allah.
Moga Bermanfaat.
......................................................................................................
Berminat untuk mencuba produk Shaklee ? Boleh hubungi saya melalui :
senyum tips yg paling mudah dilaksanakan.. selalu amalkan, alhamdulillah nampak kesannya :)
ReplyDeleteBetul-betul.
DeleteYa, itu dia tazkirah hebat dari bekas Ketua Dorm Aminah..KakSuria!!! Jumpa akk kat alam maya pulak ye...hehe
ReplyDelete