Alhamdulillah masih boleh menulis blog sambil melayan dua putera yang sedang membongkar beg alat solek mamanye .. Alat solek la sangat yer.. Tak ada apapun cuma yang ringkas macam bedak compact, lipgloss, blusher.. Cukup la.. Itu untuk solekan wajah yang ringkas agar nampak segar .. Berwangian tu cukup la sekadar bedak, saya tak suka minyak wangi sebab tak suka kalau staff lelaki lain bau dan tegur pulak tu. Bertambah dosa suamiku. Berbicara pasal hijab. Makna sebenar tak buat research. Yang saya tahu menutupi. Menutupi aurat dengan shawl. Dapat tak maksudnya. Agak mustahil rakyat Malaysia tak tahu hijab tu apa..
Revolusi tudung. Seingat saya la paling famous tudung bawal. Sejak sekolah menengah pemakaian tudung bawal agak popular. Makin banyak batu ala-ala permata makin mahallah tudung tersebut. Kalau nak murah kirim kat kawan-kawan yang berasal dari Kelantan. Kelantan terkenal dengan tudung bawal cantik-cantik yang murah. Bila pakai bawal "lip-lap" masa raya, macam rasa dah famous sangat.
Fasa seterusnya, semasa bekerja.. Tudung syiria in the house. Saya tidak ambil pusing sangat fesyen ni sebab muka tak sesuai. Hihii. So teruskan pemakaian bawal. Sehinggalah revolusi tudung Fareeda. Tudung mahal seanterio Malaysia. Hermmm.. Speechless.. Ada la saya beli 2 helai. Masa tu teringin nak pakai tudung yang menjadi bualan ramai. Mahalnya.. Tapi kemudian kesedaran timbul .. Tutup aurat sampai berhabis duit.. Ok stop Fareeda.. Lagipun muka nampak sangat mak-mak bila pakai tudung awning.
Next, try pashmina. Mula-mula pakai memang la sangat putus asa.. L.E.C.E.H... Macam mana la para remaja ni pakai senang je tengok. Tengok Youtube tak paham paham. Tapi Practise Make Perfect.. Lama kelamaan saya dah jumpa kuncinya. Senang je pakai shawl. Tips pakai shawl :
- Beli inner. Inner yang saya pakai ialah berawning lembut dan awning sampai bawah pipi. Kesannya muka nampak tirus bila shawl dikenakan. Pelbagai saiz boleh didapati iaitu Saiz S,M dan L. Saya pakai saiz M. Contoh seperti di bawah saiz L.
Kredit to addnurshop |
- Sediakan jarum peniti. Biasanya saya akan gunakan 4 jarum peniti untuk pemakaian shawl yang ringkas dan mudah, Alah bisa tercucuk pin tegal biasa ..
- Sediakan 3 brooch ringkas yang sama warna. Ikut style saya, saya guna pin kecil warna emas tu 2 pin untuk disemat di bahagian kiri dan kanan bahu serta satu brooch untuk bahagian leher.
- Untuk permulaan pilih shawl plain. Warna-warna asas. Jadi, kita boleh praktiskan pemakaian shawl semasa bekerja. Fabrik pilihan saya ialah material chiffon. Material chiffon sangat lembut, cantik jatuhnya dan senang dibentuk. Chiffon ada banyak. Yang murah, yang mahal .. Jadi, kalau harga shawl di pasaran ada yang murah dan ada yang mahal, semuanya bersebab. Ada yang pendek ada yang lebar. Macam-macam ada. Jadi, buat pilihan bijak.
Pilihan yang bijak pun kena ikut apa yang agama suruh. Menutupi dada dan tak jarang. Sebab tu saya cadangkan pilih inner yang labuh dan menutupi leher serta dada. Bukan inner sebenarnya. Tudung berawning lembut menutupi dada atau leher. Kalau lilitannya betul, pasti shawl tersebut boleh menutupi dada walaupun inner hanya menutupi leher. Kebanyakan shawl chiffon di pasaran panjang tapi tidak lebar. Lebar tapi panjangnya kurang. Kain kasar. Susah dibentuk dan sebagainya.
Tapi, saya sudah menemui shawl labuh iaitu sistershawl. Shawl ini labuh dan boleh dipelbagaikan lilitan dengan pelbagai gaya. Kalau pakai memang kemas dan terletak jatuhnya. Senang dibentuk dan mudah dililit. Lembut, lebar, panjang dan halfmoon. Halfmoon dibahagian tepi tudung iaitu tinggi tudung. Jadi, bila kita pakai, dibahagian akhir shawl sudah sedia bulat dan nampak kemas dan cantik.
Lilitan ringkas dan labuh. |
Shawl ini sangat laris dan sekarang sedang dibuka pre-order. Feel free untuk jengok kedai kecil saya di Facebook dan Instagram : ShukranShop. Sudi-sudikan cuci mata. Kalau nak tutorial, boleh. Saya sedia ajarkan. Email atau PM saya di sunz7300@gmail.com. Saya akan emelkan atau pm sebab saya malu nak kongsi secara terbuka.. hiiiii... Selamat bershawl..
0 comments :
Post a Comment