Assalamualaikum . Alhamdulillah akhirnya saya menulis semula blog. Setahun meninggalkan dunia penulisan kerana tidak diberi kesempatan. Dahulukan urusan dengan Allah, Allah akan bagi masa yang lebih banyak untuk kita. Ok, back to the point .. Merawat Asma Bayi , keyword paling kerap dicari dalam Google. Mungkin sekarang musim batuk asma, selsema dan segala yang berkaitan. Pada mama-mama yang diuji dengan anak-anak yang sakit, sabar.. Allah nak hapuskan dosa kita yang banyak, sebab tu dia bagi ujian. Jadi, saya nak kongsi pengalaman saya dan tindakan yang akan dibuat bila Arief dan Firaas batuk asma, kahak dan selsema.
Pertama sekali saya akan buat Steam and Percussion atau Rawatan Stim dan Tepukan Percussion. Klik link untuk tahu secara keseluruhan teknik rawatan itu yer. Tapi secara ringkasnya, teknik ini menggunakan wap air yang akan meresap ke dalam rongga hidung bayi, secara alami lendir akan cair dan keluar melalui hidung. Saya dapat info ni sebelum melahirkan anak kedua, Firaas dan praktiskan pada Arief. Alhamdulillah, dengan izin Allah berkesan. Maaf kerana tak dapat tunjuk step by step cara untuk membuat rawatan ini.. Tapi saya akan sertakan link. Kredit pada blogger :
- Mommy Shehan Blog pertama yang saya jumpa untuk rawatan secara terperinci.
- Salwa Terima kasih salwa atas perkongsian. Di sini ada penambahan minyak bawang putih dalam air panas.
- Ros Ibrahim juga salah seorang mama yang amalkan teknik ini dengan tatacara yang terperinci.
Kebiasaannya, Arief dan Firaas akan menangis sekuat-kuatnya bila muka kena wap. Almaklumlah wap kan panas. Cara saya :
- Panaskan air guna cerek elektrik.
- Air masak terus masukkan dalam baldi kecil atau sederhana
- Arief atau Firaas diletakkan menghadap baldi dalam keadaan meniarap. Pada saya, asalkan muka bayi menghadap wap..Dan kita selesa pegang bayi dengan kemas. Pastikan posisi selesa dan bayi tak akan terlepas pada air panas. Aspek keselamatan perlu diutamakan. Inshaa Allah akan update gambar.
- Selimutkan muka mama dan bayi dengan tuala. Jadi wap tak terlepas. Maka anak berpeluh-peluh dengan mama sekali bersauna.
- Buat dalam 15 - 20 minit. Puasnya hati nampak hingus meleleh-leleh masuk dalam baldi.
- Dah siap tepuk-tepuk ikut teknik. Lapkan hingus meleleh leleh dan pujuklah bayi kita.
Saya akan buat rawatan ni 1 jam sebelum waktu tidur. Biasanya batuk asma Arief teruk bila waktu pagi . So, sesuai buat sebelum tidur untuk lancarkan pernafasan. Alhamdulillah, biasanya Arief boleh tidur dan tidak meragam. Tapi, bila Arief terbatuk-batuk dalam pukul 3-4 pagi, saya akan sapu minyak herbaguna Nona Roguy pada dada Arief. Minyak Bawang Putih pun boleh. (Akan update gambar) .. Esoknya pagi-pagi saya akan ke Pusat Homeopathy untuk dapatkan kapsul khas untuk merawat punca batuk asma.
Mama-mama boleh juga amalkan makanan sunnah dan herba. Kalau boleh jangan bagi nebulizer. Kalau terpaksa tak apa.. Alternatif lain untuk Arief dan Firaas ialah madu + air suam , Minyak Kelapa (VCO - Virgin Coconut Oil Cosway), Minyak Bawang Putih untuk diurut pada dada dan belakang bayi.
Moga perkongsian ini berguna untuk mama-mama. Usaha + Doa + Tawakal .. Inshaa Allah sembuh.
Next Entri : Arief kena batuk asma yang teruk + bronchophneumonia + HFMD + Jangkitan RotaVirus selepas suntikan MMR yang diwajibkan untuk bayi setahun. Jadi hint saya : Saiz Kasut Di Dunia Pun Berlainan, Masakan Sama Keadaan Tubuh Badan Manusia Menerima Suntikan Yang Sama .. Kalau Saiz berpadanan, alhamdulillah.. Tapi kalau tak ... Fikir-fikirkan.
Next Entri : Arief kena batuk asma yang teruk + bronchophneumonia + HFMD + Jangkitan RotaVirus selepas suntikan MMR yang diwajibkan untuk bayi setahun. Jadi hint saya : Saiz Kasut Di Dunia Pun Berlainan, Masakan Sama Keadaan Tubuh Badan Manusia Menerima Suntikan Yang Sama .. Kalau Saiz berpadanan, alhamdulillah.. Tapi kalau tak ... Fikir-fikirkan.
Untuk alamat Pusat Rawatan Homeopathy, rujuk entri ni ye. Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak Bayi
welcome back kak..Good sharing :)
ReplyDelete@Azhafizah Md Nor Tq sudi baca Azhafizah..
ReplyDelete