Assalamualaikum..
Selamat Datang ke muka baru blog .. Lamanya tak update. Semua sebab alasan yang datang dari sendiri. Mac 2014 bakal bermula. So azam baru .. Tiada lagi alasan-alasan remeh yang halang saya dari bertindak.. Shaklee nama yang tidak asing di kalangan generasi Y.. Zaman internet, maklumat tersebar luas. Taip sahaja masalah kesihatan yang ingin penawar, pasti nama Shaklee akan turut sama terpapar.
Saya pengguna Shaklee sejak 2011 . Set Penyusuan 3M jadi pilihan hati. Saya beli melalui sahabat saya Yuzaini.. Kebaikan vitamin dalam set ini telah saya kongsikan melalui web master mariafirdaus .Vitamin yang ada dalam ni ialah
- Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
- Vitamin-CSebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
- B-ComplexLengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.
- Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
- Alfafa Complex (Selepas bersalin dan menyusu - as MILK BOOSTER)Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.
- Ostematrix (Calcium and Magnesium)Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
Ok 6 kesemuanya. Alhamdulillah susu maintain ok dan pekat. Saya boleh bezakan susu perahan antara kawan sejawatan dan diri sendiri. Sahabat saya hairan kenapa susu perahan saya nampak lebih pekat. Saya pun tanpa ragu-ragu berkongsi makanan tambahan yang diamalkan. Tak salah berkongsi untuk benda yang baik dan manfaat bersama.
Vitamin kesukaan saya ialah ESP dan Ostematrix. Kenapa saya jatuh cinta sangat dengan dua makanan tambahan ini. Pertama sekali ESP. Pada pandangan peribadi saya, saya tidak mengalami letih dan lesu sepanjang hari. Biasanya akan tidur waktu tengahari, alhamdulillah bila amalkan ESP agak susah rasa mengantuk. Nak paksa diri tidur pun serba salah. Jadi tak payah tidur dan sedut ilmu banyak-banyak semasa rehat tengahari. Kedua Ostematrix. Saya bukan pengamal susu yang tegar. Jadi saya hanya amalkan ostematrix untuk sumber kalsium. Telan 4 biji sebelum tidur. Apa yang saya perasan, alhamdulillah sakit belakang hilang dan sistem pelawasan sangatlah mudah bila tiba siang. Wah seronoknya..
Vitamin lain juga ada kebaikan tersendiri. Macam B-Complex untuk kurangkan tekanan. Vita-E untuk kulit dan macam-macam lagi. Alhamdulillah Shaklee serasi dengan tubuh badan saya. Makanan sunnah pun saya amalkan contohnya madu dan kurma. Bukan hanya bergantung pada makan tambahan Shaklee sahaja. Apa yang penting konsisten dan disiplin pada jadual makan vitamin. Kalau skip, tak dapatlah nak menolong.
Selain makan makanan tambahan Shaklee untuk menambah susu badan, perlu diingatkan mama-mama perlu disiplin pada jadual pam. Pam susu perlu ikut waktu. More demand More Supply. Jangan harapkan pada makanan tambahan dan makanan sunnah semata-mata. Usaha dari diri sendiri pun kena ada. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Saya pernah berkursus selama 3 minggu meninggalkan anak 2 bulan. Ikhtiar pos susu badan melalu bas ekspress dan sentiasa pam walaupun jauh dari anak. Alhamdulillah susu tidak kering walaupun ada masalah lain selepas kursus iaitu anak tidak mahu direct-feeding pula. Dan alhamdulillah dengan bantuan Allah saya dapat selesaikan masalah anak tidak mahu direct feeding dan akan diceritakan pada entri lain ye.
Panjang berjela coretan saya. Harap sudi membaca. Inshaa Allah akan lebih rajin mencoret untuk kebaikan berama. Alhamdulillah sekarang saya sudah menjadi Agen Shaklee dan anda boleh mendapatkan konsultasi dan harga terbaik dari saya. InshaaAllah..
0 comments :
Post a Comment