Restoran Kapitan di Penang.

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat islam.. Hari ni saya hanya duduk di bilik sebab ingin merehatkan diri sebentar sambil buat lab report..  Semalam saya ada singgah ke Restoran Kapitan.. Kawan saya sangat suka dengan nasi beriani ayam yang dihidangkan di dalam claypot .. Tak salahkan nak cuba.. Nyummy.. 


Restoran Kapitan di Penang
Read More ada kat bawah untuk cerita selanjutnya =)


Restoran ni terletak berhadapan dengan Queensbay, Penang.. Kalau anda ke Penang memang akan nampak signboard ke QueensBay Mall a.k.a Pusat membeli belah... Jadi, bila anda sudah menghala ke sana, silalah cari landmark TuttiFruttie, iaitu terletak berhadapan dengan QueensBay Mall ni di deretan lot-lot kedai 2 tingkat. Bila anda dah nampak Tutti Fruttie, boleh bersedia untuk belok ke kiri dan masuk lorong kecil. Kat lorong ni akan nampak pondok kecil iaitu pondok tiket masuk ke lot kedai 2 tingkat ni ( kenalah bayar ).. Jalan terus dah nampak dah Restoran Kapitan. Dah sampai...=)

Menu utama kami, pastilah Nasi Beriani Ayam.. Kak Bai suggest menu ni sebab dah jadi favourite menu dan harga amat berpatutan. Harganya RM 8++.. Bagi saya dah berpatutan sebab ayam dia sedap dan besar.

Menyelerakan kan..Nyum..Nyum..
Alkisah, semua order menu yang sama.. Aiza, K.Bai, K.Aida.. Ayam Kapitan ni memang sedap. Kalau nak makan kat sini kena pastikan perut tu kosong sebab nasi dia banyak + ayam besar. Kak Aida tak habiskan ayam pun (Membazir tau)..

Jadi, kalau korang mencari tempat untuk makan, apa kata cuba kat Restoran Kapitan. Rasanya tak rugi mencuba kan..=)

Pinggan disediakan untuk letak nasi..So, tak la tumpah2 bila makan..

P/s : Harus mencuba semua makanan di Penang. Datang pun setahun sekali kan.. Jom makan..





Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in