Laksa Janggus di Balik Pulau

Assalamualaikum..Pagi Rabu tepat jam 2.17 pagi.. Apa la yang Mama Arief buat pagi-pagi buta ni.. Sebenarnya baru menyiapkan laporan amali .. Tinggal nak kumpul data.. Jadi, oleh kerana tanganku dah lenguh untuk menulis  di atas kertas, jadi kita tukar pula menaip di blog.. Boleh ke gitu.. Erm..

Oklah, saya nak sharing lagi destinasi makan-makan yang agak best di Pulau Pinang. Destinasi kali ini di Laksa Janggus di Balik Pulau, Pulau Pinang.. Hangpa kalau mai sini, jangan lupa singgah Laksa Janggus ni, boleh rasa laksa penang yang asli..


Bila sampai, mesti nampak papan tanda di atas...senang kan..
Klik Read More kat bawah ..cerita tak habis lagi


Kat mana yer lokasi ni.. Ok, meh Mama Arief bagi sikit laporan ringkas untuk ke sana :

  • Diandaikan, korang dah sampai ke Pekan Balik Pulau tu ye.. Di tengah pekan ada roundboat, jadi korang kena amik jalan pukul 12. Jalan ke hadapan dan korang akan nampak Maybank diikuti dengan Shell di sebelah kanan.. ( Tu dah betul la tu )
  • Lepas tu terus dan terus dan terus, mungkin dalam lebih kurang 3 km, sampailah anda akan nampak Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) nun di atas bukit. Masa dah nampak tu, kena alert untuk belok ke kanan..Kalau nak tahu betul ke tak arah ke kanan tu, korang kena pastikan yang arah itu melalui pintu gerbang.. ( Haish, ayat macam %^&7 ).. Kalau korang dah nampak pintu gerbang tu, silalah belok kanan..
  • Nanti akan melalui lampu isyarat, sila teruskan perjalanan anda. (Sekejap anda sekejap korang..) ..
  • Terus, terus, terus, korang akan lalui bendang tau.. cantik sangat... SubhanAllah.. terus..terus.. sampai simpang tiga..
  • Silalah belok ke kiri. Dah nak sampai ni. Teruskan perjalanan lebih kurang 3 km gitu, sampailah nanti ke Laksa Janggus..Silakan makan..sila..sila..


Fuhhhhh.. penat bagi penerangan panjang lebar.. Kalau tak paham gak, boleh la tanya penduduk kat kampung tu. Mesti depa expert dan sinonim dengan nama Laksa Janggus. Biasanya, kita boleh tahu itu adalah lokasinya berdasarkan deretan kereta yang banyak di tepi jalan.. Glemer kan..

Bila dah sampai tu, kene beratur. Ada 4 lane, Rojak - Goreng Pisang Bijan + Ubi Bijan - Kaunter Bayaran - Minuman + ABC best... Kalau korang datang ramai-ramai, silalah bahagi-bahagikan kepada lane yang berkenaan supaya dapat rasa semua menu. Kalau Mama Arief dah sampai sini, semua menu nak dirasa.. Haish, kuat makan sungguh.





Kalau tengok gambar di atas, yang beratur panjang tu kat lane Pisang Goreng bijan.. Memang rangup habis la pisang goreng dia.. Berpeluh saya beratur sebab nak dapatkan Pisang Goreng ni.. Akhirnya, dapat juga sampai ke garisan penamat. Lega.. Nampak tak laksa kat atas.. Itu adalah menu pilihan semua yang bertandang di sini. Kalau mai sini tak pesan Laksa Penang, rasa macam tak lengkap pulak.. Jadi silalah rasa.. 


(Budak kecik kat atas tu comel sangat, tiba-tiba teringat kat Arief...hu..hu..hu..)

Erm...sedapnya.. Anda bila lagi??


Gambar di atas menggambarkan dua ekspresi yang berbeza untuk menggambarkan kelazatan laksa di sini.. Bagaimana reaksi anda pula nanti, kiri (buka mata) atau kanan (tutup mata)..he..he..he.. 


P/s : Harap direction map Mama Arief boleh difahami.. kan Sharing is Caring...





Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

1 comments :

  1. Jom baca.. Apa manfaat Shaklee Omega Guard ni sebenarnya?
    http://rafaliah.blogspot.com/2012/02/shaklee-omega-guard-apa-manfaatnya.html

    ReplyDelete

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in