Adab Berziarah Di Hari Raya..


Masih dalam mood Hari Raya...
Jadi, tak salahkan kita berbincang tentang topik...
Adab berziarah di Hari Raya...
Mak yang mencetuskan topik ini..
Dia dengar melalui radio IKIM...
Wah bahasa ku sudah agak skema...
Tidak apalah ye...

Marilah bermaafan..


Antara intipatinya ialah..
Kalau boleh jangan berziarah pada waktu-waktu ini..
Iaitu selepas subuh (rasanya tak ada lagi orang beraya lepas subuh =)  )
Selepas zuhur .. Sebab biasanya orang nak berehat sebentar...
Pukul 3 ke atas sesuai la..
Lepas tu ialah selepas Isya'... 


Kesimpulannya, pilih lah masa yang sesuai untuk berziarah..Kalau mahu mudah, beritahu tuan rumah akan kedatangan kita.. Kalau tak mahu menyusahkan tuan rumah, beritahu mereka sejam atau dua jam sebelum ziarah.. Risiko inform last minute, tuan rumah dah berjalan raya dulu.. Nasib la..Apa yang saya perhatikan tentang berziarah di Hari Raya ataupun orang sekarang guna istilah 'beraya' adalah macam ni.. Pernah tak dengar dialog,

"Bila nak buat rumah terbuka, kitaorang nak datang beraya ni,"


Pendapat saya : Perlu ke nak tunggu kawan-kawan buat rumah terbuka baru boleh datang nak beraya. Perlu ke ada makan-makan barulah boleh datang bertandang.. Tak sesuai mencetuskan soalan sebegini. Ia boleh dikategorikan sebagai menyusahkan tuan rumah.. Kecuali tuan rumah memang rela hati (saya memang rela hati, tak kisah pun kalau ada yang tanya, sebab rumah sentiasa terbuka )..Tapi dah jadik trend beraya sekarang. Bila kawan-kawan nak datang rasanya macam tak sesuai hidangkan kuih raya jer.. Mesti nak hidangkan makanan yang mengenyangkan..Jadi, trend ni macam dah salah. Sepatutnya berziarah untuk bermaaf-maafan, bertanya khabar, minta maaf dan apa-apa mengikut apa yang islam anjurkan.. (kalau silap tolong betulkan saya).. Jadi siapa yang akan betulkan trend ini yerp..(Thinking)

Antara link yang korang boleh rujuk :
anizyn
miszsephia
irwanirah

Nota Kaki : Selalu pesan kat anak sedara supaya bila orang bagi duit raya jangan sibuk-sibuk nak check berapa RM..tak berapa nak sopan pula rasanya..Harap diberikan umur panjang untuk pesan pada Arief pula..



Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

3 comments :

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in