Alhamdulillah, dah hari ke 35 berpantang. Lagi 9 hari.. Yippie. Kali ini memang betul-betul nak bagi badan fit. Kena bersenam untuk bakar lemak di perut dan kawal makan hatta selepas berpantang. Azam daku. Moga berjaya la hendaknya ya.
Sejak dua menjak 3 menjak, mata dipaparkan dengan gambar brownies yang sedap itu. Sedap ke?? Sedap la kot sebab gambar nampak sedap, Don't judge a book by it's cover. Maka, wajiblah daku mencuba resipi ini.
Tak cun meh. Boleh improve lagi kan. Kasi can ye. |
Hasil carian Encik Google, maka inilah resipi bertuah yang terpilih untuk dikaji. Terima kasih pada ourkizuna atas perkongsian resipi awak. Boleh ambil DISINI untuk resipi. Tapi, saya tempek juga di blog untuk rujukan anak-anak di kala besar. Eceh..
Resipi Brownies Nyummeh
Bahan bahan untuk 8x8 square pan
170g choc bittersweet ( Saya Guna Dark Chocolate )
90g butter
35g coco powder
**Cairkan kaedah double boil. Guna microwave tak reti..
100g tepung1/4ts garam1/4ts baking powder
**Ayak bersama
2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula castor (saya guna gula perang)
1ts vanilla
Kaedah membuatnya
(1) Pukul telur dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla. Kacau sebati
(2) Masukkan chocolate cair tadi
(3) Masukkan tepung yang telah di ayak
(4) Bakar 180 darjah celcius dalam 35 minit. (Saya guna 160 darjah. 40 minit)
Kalau dah bau tu, dah nak masak la brownies. Nak lebih yakin, ambil lidi ke, garpu ke, dan cucuk kat atas kek. Kalau tak ada kesan adunan kek pada garpu, diisytihar masak la tu.
Toping kalau cantik guna Ganache kot. Tapi, tak cukup bahan la pulak. Jadi, saya guna resipi turun temurun toping untuk kek coklat dalam buku resipi emak.
Toping Coklat
3 sudu butter + 3 sudu koko (cairkan dalam kuali)
3 sudu susu pekat + 3 sudu gula aising
** Bila butter dan koko sebati, tutup api. Then, masukkan susu pekat, gaul sebati. Akhir sekali, baru masukkan gula aising untuk kilatkan toping.
Kalau nak guna ganache pulak, saya suka refer ganache azlita Masam Manis. Boleh rujuk DISINI,
Tengah tengok kartun sambil makan Brownies Nyummeh |
Rasanya sedap dan pahit sedikit. Tak manis sangat dan saya suka. Arief dan Firaas pun suka, adik-adikku pun suka. Dah tinggal separuh dah. Sedap la tu. Lain kali nak tabur walnut ke.. Lepas tu nak deco cantik-cantik. Wah gitu.
Selamat mencuba
0 comments :
Post a Comment