Resipi Cheesekut Marie Mudah

Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhwah pada semua sahabat. Hari ni saya nak berkongsi resepi Cheesekut Marie yang mudah. Mudahnya ia sebab tanpa bakar. Kalau mama-mama yang sangat suka cheesekut ni, boleh sangat buat sendiri. 

Sebenarnya nama sebenar resipi ini ialah Kek Lapis Cheese Persona. Saya ambil resipi ini dari blogger inspirasiku dalam dunia hias kek iaitu Azlita Masam Manis. Resipi asal dari saudara Ryoazhar. Lelaki memang la superb kalau bab masakkan.Sangat adore dengan cara beliau menghias kek. Suka tengok. 

Props tak secanggih Sisz Ita. Jadilah untuk panduan.

Ok Ini Resipi salinan saya dari Blog Azlita Masam Manis

KEK LAPIS CHEESE PERSONA


by : Ryoazhar 

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Sediakan loyang berukuran 9x9 (ita guna 7x7)
Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti
Lapik dasar loyang dengan baking paper atau kertas minyak

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan

Panaskan susu segar, padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas anggaran 1 saat
Dan terus susun dalam loyang
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis
kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis
Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese
Tekan2 sikit permukaan tu
Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.


Fresh dari peti ais.

Ikut je step by step dari tuan empunya resipi. Kalau nak kek nampak tinggi, sila guna loyang kek saiz 7x7. Jangan lupa lapikkan dengan kertas minyak untuk mudah dikeluarkan seketul macam gambar di atas, kalau versi saya guna aluminium foil. Biskut marie yang digunakan pula satu bungkus je dah ok. Siap ada lebih lagi. Untuk toping atas, saya kisar biskut oreo tanpa krim bersama lebihan biskut meri tersebut.

Untuk peminat cheese cake, memang sedap untuk tekakku. Untuk penambahbaikan, mungkin nak guna biskut marie jenama lee pulak. Sebab nak cepat punya pasal, dapat sambar biskut marie jenama munchies je. Tapi sedap jugak. Adik dah ngap 2 baris potong kek ni.

Merasa la kawan-kawan di opis kecilku. Silalah cuba ye. Kalau tak faham, komen je.





Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

1 comments :

  1. Hello admin. I dh try dh your recepi ni. Mmg sedap and menjadi. Anak2 sedara datang rumah, makan semua kata suke and sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in