Assalamualaikum
Kembali menulis. Setelah 40 hari menempuhi tempoh berpantang untuk anak ketiga, akhirnya ada juga rezeki untuk daku berkongsi petua mudah bersalin. Dah lama pendam nak menulis betapa mudahnya proses kelahiran zuriat ketigaku yang diberi nama Ammar Bin Daud.
Ammar Bin Daud |
Arief dah besar. 3 Tahun 11 Bulan |
Doktor Luckmal dari Johor Maternity and Gynaecology Specialist bagi drip untuk cepatkan contraction dan air ketuban juga dipecahkan. Sakit contraction hanya mama-mama je tahu. Tapi takpe sebab penghapus dosa kan. Contraction makan masa 6 jam. Gulp.. Masa ni daku sudah kehilangan tenaga dan amat tidak bermaya.
Apabila bukaan 10cm, kepala bayi sudah dibawah tetapi daku tidak mampu untuk meneran. Jadi, jalan terakhir doktor vakum. Masa tu, dengar juga doc gunting (episiotomi) kat bawah tapi dah tak sedar sebab sangat lemah. Alhamdulillah, Arief selamat dilahirkan pada tanggal 16 Mei 2011 dengan kaedah vakum. Berat bayi 3.8 kg selama 5 jam.

Apabila disahkan mengandung anak kedua, daku mula menggali ilmu untuk cara-cara meneran. Teringin nak rasa bagaimana rasa meneran. Melalui pembacaan, meneran adalah sama macam kita buang air besar. Daku juga belajar teknik pernafasan semasa contraction. Alhamdulillah semua ini membantu semasa proses kelahiran Firaas.
Firaas Budak debot. 2 Tahun 5 Bulan |
Tepat 40 minggu, proses kelahiran Firaas sama macam Arief iaitu drip air untuk mempercepatkan contraction. Masa tu bukaan 4cm. Yang ironiknya, daku muntah-muntah semasa contraction. Tak tahu la apa sebabnya. Tahan kan je. Tapi, otak ni ingat meneran itu ialah buang air besar.
Ingat. Ingat.. Ingat..
Teknik pernafasan juga diaplikasikan untuk mengurangkan rasa sakit semasa contraction.
Alhamdulillah walaupun kepala bayi masih jauh, berkat tunjuk ajar nurse suruh daku mengeran perlahan-lahan untuk memudahkan kepala bayi turun, akhirnya Firaas dilahirkan dengan nikmat meneran yang tak dapat digambarkan dengan berat 3.65 kg selama 3 jam.

3 Bujang Mama |
Masa Ammar pula, daku hanya menambah pengetahuan kerana sudah berpengalaman kononnya. Just recall teknik pernafasan, posisi mengelakkan koyak yang banyak semasa mengeran dan sebagainya. Cuma kali ini sebelum bersalin, daku dibenarkan berjalan-jalan untuk percepat bukaan. Masa tu bukaan 4cm seawal 38 minggu.
Jadi sementara diberi peluang untuk berjalan, daku buat dan makan perkara berikut :
Air zam-zam
Kurma Ajwa
Surah Maryam
Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus - Kredit |
Minyak Kelapa Dara (VCO)
Air kelapa
Air kelapa memang diamalkan semasa mengandung. Tujuan untuk membersihkan kulit bayi. Air zam-zam dan kurma Ajwa pula sempat dicari masa contraction palsu. Masa tunggu nak bersalin, memang kurma Ajwa dan Air Zam-zam tak lekang ditangan.
Masa terluang juga diisi dengan membaca surah Maryam dan Yasin juga doa Nabi Yunus. Lagi 3 jam sebelum masuk labour room, daku makan 8 sudu minyak kelapa dara.
Masa terluang juga diisi dengan membaca surah Maryam dan Yasin juga doa Nabi Yunus. Lagi 3 jam sebelum masuk labour room, daku makan 8 sudu minyak kelapa dara.
Tibalah proses kelahiran. Air ketuban dipecahkan dan 1 jam 15 minit kemudian, Ammar dilahirkan. Syukur alhamdullilah diberi kudrat yang banyak semasa melahirkan bayi seberat 4 kg. Selalunya, daku akan kehabisan tenaga setelah melahirkan. Tetapi, kali ini daku sempat melihat bayi semasa masih berdarah, dapat melihat uri sendiri dan masih celik saat dijahit.
Syukur alhamdulillah dengan nikmat yang diberi. Berkat doa suami, ibu-bapa dan ibu-bapa mertua, berkat amalan surah Maryam dan Doa Nabi Yunus, berkat kurma ajwa dan air zam-zam juga minyak kelapa dara memudahkan proses bersalin. Yang penting berserah dan yakin dengan Allah.
Misson Accomplished. Moga artikel ini bermanfaat dan memudahkan proses bersalin mama-mama sekalian. Nanti nak kongsi perkara lain yang bermanfaat lagi.
Wah..dah 3 orang anak kak suria..
ReplyDeleteWah, camno leh jumpa kat sini lak nisa.
DeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Bersalin Dengan Lebih Mudah. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.
ReplyDeleteMoga bermanfaat. Terima kasih puan.
Delete@khairunnisa Hamdan
ReplyDeleteTahniah lagi sekali..hehe..
ReplyDeleteI dah serik..huhu