DiGi iPhone 5 vs S3

Assalamualaikum.. Sebelum daku tidur, sebenarnya saya sangat nak update pasal pos susu ibu peringkat perlaksanaan. Tapi masalahnya semua gambar yang berkaitan tak di transfer lagi dari smartphone daku (malas sebenarnya nak on bluetooth bagai ). Cakap pasal smartphone tiba-tiba nampak iklan DiGi iPhone 5.. Saja je tajuk nak letak S3 jugak. Siapa lagi nak sayang telefon sendiri kalau bukan diri sendiri. Hiks..

Bersamamu....

Kenapa pulak dengan DiGi iPhone 5.. Subjeknya ialah DiGi sebenarnya. Saya ialah pengguna tegar DiGi sejak 3 tahun lalu. Di kalangan kawan-kawan tak ramai yang pakai DiGi sebab mungkin coverage DiGi sangat rendah bila masuk kampung.. Tapi coverage di Bandar Kluang (eceh...) sangat tip top. Saya sangat suka dengan apa yang ditawarkan DiGi sebab bagi saya harga sangat berpatutan. Kenalah bijak pilih pakej.

Dulu masa Digi S3 baru keluar, harga dengan pakej internet RM19++ kalau tak silap. Sambutan sangat la meriah sebab masa saya beli kat DiGi store kat MidValley, tinggal 2 je. ish.. ish.. Nasib la sempat membeli sebab sangat penat mencari DiGi Centre kat MidValley. Masa tu Samsung Galaxy 3 tak sampai lagi kat Kluang. Kebetulan ada kerja kat KL, daku sambar sahaja. ( sebenarnya ada rezeki lebih, teringin nak pakai smartphone ).. Nak tengok harga sekarang tak. Nak menangis tengok .. RM1099 je kot..

Harga sangat turun... Nangis nangis.. Itulah teknologi. Sangat cepat.
So, kalau mama-mama atau adik-adik (walaupun tak ada pembaca) hiks, kalau berkenan nak beli latest smartphone, cuba la try DIGI. Sekarang pakej DiGi iPhone 5 dah ada.. Harga pun berpatutan. Langgan dan bezakan sendiri speed data mobile, speed internet, harga bil bulanan, kadar masa berbual dan sebagainya. Apa yang pasti saya sangat sukakan DIGI sebab saya tidak suka mesej, tetapi lebih suka berbual terus di dalam phone. Apa tunggu lagi.. Kalau anda penyokong tegar Apple cuba tengok web DiGi iPhone 5 yerp..

Nota Kaki : Mataku dah blink blink..





Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

1 comments :

  1. Saya plak lebih ske sms tp kalo hal penting call direct lg bgus kn..skrg sy ske celcom :)

    ReplyDelete

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in