Petua Hilangkan Batuk dan Kahak Bayi

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah akhirnya saya dapat kembali berblog setelah sekian lama mengendahkan dunia penulisan di alam maya.. Banyak peristiwa, petua, pengalaman suka dan duka yang saya lalui tidak dapat saya abadikan di dalam blog ini kesemuanya. Jadi, apa yang saya alami akan saya kongsikan sedikit demi sedikit untuk tatapan semua dan kepentingan bersama.
petua hilangkan batuk bayi
Arief semakin hensem dan alhamdulillah menikmati nikmat sihat..
Sebelum itu cuma nak khabarkan yang saya dalam pantang putera kedua. Nama beliau Firaas bermaksud kecerdikan akal.. Sepanjang mengandungkan Firaas saya diduga dengan keadaan kesihatan abang Firaas, Arief yang sangat tidak menentu. Arief 3 kali masuk wad.. sedih sangat..
  • Pertama kali disebabkan cirit birit yang berlarutan sehingga Arief sangat tidak bermaya. Berkampung di wad 7 Melor Hospital Kluang selama 3 hari.
  • Keduanya disahkan mengalami bronchitis pnemonia atau jangkitan paru-paru.. Simptom ialah batuk berterusan dan sesak nafas. Berkampung di wad selama 6 hari.
  • Ketiga mengalami demam panas yang sangat tinggi suhunya iaitu 38 degree - 40 degree. Sangat sedih masa ni.. Berkampung di wad selama 4 hari. Lepas demam kebah, mulut Arief ada bintik2 merah.. Itulah sebabnya demam..
Seterusnya, Arief kerap diserang batuk yang menyebabkan Arief sesak nafas.. Apabila Arief batuk, saya akan menjadi fobia. Alhamdulillah ada seorang rakan pejabat mencadangkan saya untuk ke Klinik Seri Mutiara, Kluang iaitu Arief hanya perlu mengambil gas nebulizer untuk mengurangkan sesak nafasnya. Memang Arief serasi dengan rawatan ini tetapi perlu juga mengambil ubat-ubatan + antibiotik.. Tetapi sesudah sembuh selama seminggu, Arief akan dijangkiti semula dengan batuk asma dan rawatan sama dibuat.. jika 4 malam dia sesak nafas, 4 malam lah saya berulang-alik ke klinik untuk mendapatkan gas nebulizer. Saya terdetik, sampai bila Arief harus bergantung dengan gas dan ubat-ubatan.. Saya rasa sangat kejam dan bersalah apabila menyuapkan Arief ubat-ubatan dan bimbang juga jika terlebih dos. Adakah ia akan mengancam kesihatan Arief di masa hadapan.. mode : tiada jawapan..

Allah maha Penyayang.. Alhamdulillah akhirnya kawan SMKA saya Nor Hafizah Mahmud mencadangkan saya agar mencuba rawatan hemeopati. Rawatan ini tidak menggunakan ubat yang mengandungi dadah. Penggunaan beberapa kali pun tidak mengapa kerana ubatan yang dibekalkan adalah berdasarkan herba. Nor Hafizah memberikan alamat My Perubatan Homeopathy, Profesor Muhammad yang berlokasi di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Saya akan update alamat beliau kelak.. Semasa saya dan suami mendapatkan rawatan di sini, Prof akan mengambil keterangan tentang kesihatan Arief. Akhirnya beliau memberikan kapsul hemeopati khas untuk batuk asma berkahak Arief sambil berkata "InsyaAllah, lepas ini dia dah tak perlukan gas nebulizer lagi." Profesor juga mengingatkan supaya saya memantau pemakanan Arief dan sekiranya Arief batuk, saya disarankan untuk mencari punca makanan yang menyebabkan Arief batuk. Ini adalah untuk mengenal pasti makanan yang menjadi alahan kepada Arief dan Profesor akan memberi ubat khusus untuk meneutralkan alahan tersebut. Saya dan suami terus memberikan kapsul seperti gula-gula itu kepada Arief. Ia manis dan bayi akan suka.. Allahuakbar, Alhamdulillah selepas seminggu Arief disuap dengan ubat hemeopati tersebut, batuk dan kahak Arief hilang.

Rawatan Homeopati
Alamat Pusat Homeopati di Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Homeopati
Contoh Kapsul Homeopati. Kredit to LeenaLeen

Sekarang Arief diserang batuk biasa iaitu hanya bila pada waktu tengah malam dan semasa dia menangis. Apa yang pasti, dengan izin Allah, Arief tidak perlu bergantung pada nebulizer. Saya dan suami hanya meneruskan pemakanan kapsul homeopati yang masih berbaki. Saya juga mengamalkan petua seperti dibawah yang didapatkan daripada pelbagai laman web yang tidak sempat untuk saya nyatakan sumbernya di sini. Saya harap tuan punya petua dapat menghalalkan apa yang saya persembahkan di sini dan hanya Allah yang dapat membalas budi kalian. Antara amalan dan petua yang telah saya amalkan untuk Arief ialah :
  1. 1 sudu Madu + 1 biji perahan limau nipis + Air suam sedikit. Bancuhkan didalam air suam dan beri pada anak. Mungkin mudah diberikan menggunakan picagari. Biasanya saya akan beri jika Arief batuk seperti gatal di kerongkong. Alhamdulillah beberapa ketika Arief akan berhenti batuk.
Saya menggunakan madu arab. Sangat serasi dengan Arief. Alhamdulillah. Kredit to Al-Ejib
  1. 2 ulas bawang putih + Minyak masak. Bawang putih dibakar sehingga lembut. Saya lenyekkan menggunakan anak lesung dan campur dengan sedikit minyak masak. Kemudian dilulurkan ke leher, dada bayi dan belakang bayi. Sebelum tidur pun sapu. InsyaAllah batuk tidak menggangu waktu tidur malam si anak.
  2. Beberapa helai daun kaduk + kapur + air. Kapur campurkan sedikir dengan air dan daun kaduk diramas-ramas di dalam campuran tersebut. Kemudian dilulurkan ke dada, leher dan belakang anak. InsyaAllah berkesan.
  3. Ubat homeopati Asmakur. Kawan baik Nurul Wahidah yang perkenalkan. Saya sedang bagi Arief minum bila dia batuk. Asalkan ia tiada dadah. 
Homeopati
Ubat Batuk Asmakur. Kredit to EraEdar

Itu sahaja coretan dan perkongsian saya untuk semua. Semoga semua mama dapat manfaat daripada penulisan ini.. Assalamualaikum.. 

Mode : nak susukan Firaas..

**update : Alhamdulillah Arief semakin sihat setelah saya amalkan homeopati. Dengan izin Allah, homeopati serasi dengan Arief. Ia meneutralkan antibiotik dan ubatan yang saya beri pada Arief sebelum ini. Ingat mama-mama jangan terus sogokkan anak dengan ubat-ubatan.. Saya amat cadangkan ubat homeopati untuk anak-anak.. Memang tahap penyembuhan mengambil masa tetapi bila sudah sembuh ia amat melegakan dan syukur pada Allah di atas nikmat yang diberi. Masa Arief batuk (masa penyembuhan) mengambil masa 2-3minggu.. Saya tahan sahaja bila Arief batuk.. Saya tak pandang ubat batuk klinik.. Mama kena keraskan hati.. Berdoa pada Allah, usaha dan tawakkal.. inshaa Allah.. =)

**update : Rawatan Untuk Batuk Asma dan Selsema . Steam And Percussion



Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

12 comments :

  1. Terima kasih sbb share! Semoga anak-anak kita sentiasa sihat! Amin!

    ReplyDelete
  2. Nice answer back in return of this question with real arguments and describing all on the topic of that.


    My website - Dayton Movers

    ReplyDelete
  3. ubat pakai madu dan limau nipis to utk baby umor berapa? anak sy baru 20hr boleke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby 12 tahun tak digalakkan bagi madu.. dikhuatiri allergik.. tapi saya bagi juga sebab pikirkan makanan sunnah. kalau boleh bagi madu khaula atau madu manuka dari new zealand (cosway) .. bancuh dalam air suam .. dalam setengah sudu kecil.. alhamdulillah tawakal dan amalan siang dan sebelum tido.. kahak beransur hilang.. masa tu anak 2 bulan ++

      Delete
  4. salam...

    sun, aku pengguna tegar barangan era edar time ngandung..aku amalkan salindah n examo...alhamdulillah anak yg keluar tak banyak ragam & mudah di jaga...kesihatan pun alhamdulillah..nilah kebaikan anak dibekalkan suplemen dari dalam perut lg...n skang pun continue dgn shaklee plak...yg penting prevent is better than cure..in sha allah...awien yr ex JMTI

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Awien. No drugs yang penting. salindah dan examo type of homeopati kan.. Betul tu prevent is better than cure .. Tak kisah amalkan makanan tambahan macam Shaklee or makanan sunnah asalkan mama ada ilmu dan rajin membaca tentang kandungan ubat-ubatan yang diberi pada bayi.. Moga dipermudahkan urusan kita semua dalam membesarkan zuriat.

    ReplyDelete
  6. Salam..akak nk tnye la akak bli kt mane ubt btuk asmakur tu?farmasi adax?

    ReplyDelete
  7. tq sis for the info.my princess 6 mth + kena batuk berkahak & sesak nafas.saya nak cuva amalan ni.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas info. Anak tengah batuk berkahak.kesian tgk malam2 tak lena tido.


    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in