Assalamualaikum.. Hari ni cuti umum..Hari Deepavali... Sangat seronok sebab saya dapat bercuti hari ni.. Sebab boleh berlama-lama dengan budak kenit yang namanya Arief.. Tapi entri hari ini adalah berkaitan dengan ilmu yang saya dapat semalam..Pasal projektor.. Apakah????
Dalam Bilik Tayangan...USTICT Johor. |
Sebelum tu, saya perkenalkan The Presenter. Sangat best ok mereka present..
Banyak betul gift..Best.. |
Meh saya kongsi sikit apa yang saya dapat masa seminar ni :
Unit Piawai bagi Projektor.
Kalau harddisk kita akan gunakan bytes..Jadi kalau projektor kita guna Ansi Lumen..Contohnya : external harddisk sekarang dah mencecah ke kapasiti terabyte..Dan tak mustahil projektor sekarang akan mencecah ke 50 000 Ansi Lumen.
Fakta Penggunaan Projektor di Malaysia s Korea.
Korea telah jauh ke depan menggunakan teknologi projektor berbanding di Malaysia.. Hampir 30% or 70% (ala tak ingat plak) isi rumah di Korea menggunakan projektor sebagai alat untuk menonton di rumah. Malah di Korea siap ada gedung alat ganti untuk projektor ala-ala Low Yatt di Malaysia.. So Amazing..
Teknologi Projektor
- OHP
- CRT (Cathode Ray Tube) Projector.
- LCD (Liquid Crystal Display) - Ramai orang tahu LCD kan..
- DLP (Digital Light Processing) - Tak ramai tahu tapi banyak dah guna teknologi ni.
- LCOS - Ni presenter kata mahal.
- LED (Light-emitting Diode) - Teknologi ini less current. Sangat green..
- Hybrid LED & Laser Diode Projector - Bahayakan mata. Terlampau terang.
- Laser Projector.
Perbezaan antara LCD dan DLP Projector.
Semak korang punya projektor..Mesti ada salah satu logo.. |
- Brigtness - LCD menang
- Alignment Image -DLP menang
- Resolution - DLP menang
- Focus - DLP menang
- Read Ability - DLP menang
Banyak lagi eksperimen yang dibuat untuk perbandingan dua teknologi ni..Tapi, kesimpulannya saya akan memilih teknologi DLP sebab kualiti imej lebih tinggi... Tapi bagi sesiapa yang suka warna-warni pada imej tanpa memikirkan kehalusan imej yang terpapar, maka pilihlah LCD.. Sebab LCD menang bab-bab kecerahan cahaya dalam imej.. Kalau tengok dekat-dekat imej yang guna LCD, sangat la tak cantik...hik..hik..
Banyak lagi ilmu yang disampaikan kat seminar ni..Antaranya statistik sebab kerosakan projektor.. Itu untuk teknikal.. Tak larat pula nak bercerita + tak berapa ingat + tak catit sebab dah mengantuk...hu..hu... Cuma apa yang ditekankan "cegah sebelum rosak"... Kiranya buat penyelengaraan ke atas projektor daripada rosak nak beli baru... So mana tahu nanti saya belajar nak ganti lampu dalam projektor.. Sekarang tak berani la.. Kalau ganti dalam CPU tu boleh la lagi...
Sekurang-kurangnya korang tahu la beza teknologi DLP dan LCD.. Mana tahu nak wujudkan mini teater kat rumah ala-ala wayang, maka bolehlah beli yang guna teknologi DLP...Sangat halus imejnya....Terbaekkk..
Nota Kaki : Sharing is Caring...Kalau projektor pejabat rosak..Jangan beli baru... Service dulu... Jimat duit sangat..Kalau nak servis, Feel free to contact :
radzi@ezservice.com.my
0 comments :
Post a Comment