Resipi Lasagna Roti Yang Super Mudah

Assalamualaikum..

Lagi 6 hari daku akan menghabiskan proses berpantang. Pantang kali ini macam tak ikut peraturan yang ketat, tapi ubat tidak ditinggalkan. Bengkung pula digantikan dengan Korset Premium Beutiful masa zaman Firaas. Tapi tak fit lagi perut tu.. Stress tau.

Ok.. Nak kongsi resipi sebenarnya. Terpesong sikit pula. Maafkan daku. Oleh kerana cuti bersalin 2 bulan, jadi daku habiskan sisa-sisa cuti di Puchong bersama suami tercinta. Maka haruslah kenyangkan perut suami dengan makanan sedap-sedap yang dah lama diidamkan untuk dicuba dan dirasa. Err sedap ke??

Lasagna Mudah
Props by Baba ArieFiraasAmmar. 

Ok, resipi Lasagna Roti ni memang daku dah lama usha. First makan masa kat MARA sebelah SOGO tu. Sedap ok. Daku sangat la tak suka Western Food bernama Lasagna sejak diperkenalkan oleh adikku si Syada itu. Tak kena dengan selera melayu ku ini. Tapi kalau guna roti, memang boleh telan dan superb. Anda tak percaya? Tolonglah percaya..

Resepi bertuah yang terpilih untuk dicuba adalah diambil dari blog Cik Cyda. Terima kasih cik cyda  sebab sudi kongsi resipi mudah untuk daku ikut dan cuba. Jadi, kena tempek la juga resipi dari belog cik Cyda untuk anak-anak menantu rujuk di masa hadapan. Poyo~~

Alamak kena taip la pulak. Layan...


Resipi Lasagna Roti Super Mudah Oleh Cik Cyda

Lasagna Mudah
Lasagna Roti Super Mudah

Bahan-bahan

6 Keping roti (**bergantung pada saiz loyang. Saya guna bekas pakai buang je)
Daging Kisar Ramli (**terpaksa guna 3 daging burger. Tak jupe daging kisar punya pasal)
1 Tin Sos cendawan Prego 
Keju mozarella
2 Biji Telur Ayam
1 Biji Bawang Hollen + 2 ulas Bawang Putih
Lobak Merah (**derhaka sikit. Nak berkhasiat kononnya)

Cara Buat Sos Daging


  1. Tumiskan bawang hollen dan bawang putih yang telah dipotong dadu
  2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga berubah warna daging tersebut
  3. Masukkan cili benggala dan lobah yang telah disagat
  4. Masukkan sos prego (**daku lokek sikit..Masukkan separuh je. Jimat GST)
  5. Perasakan dengan garam. (**saje je gatal tambah lada sulah)

Cara untuk Melapis

  1. Sapukan loyang dengan butter/marjerin
  2. Telur ayam dipukul (**derhaka letak mayonis dalam telur)
  3. Celupkan roti dalam telur.
  4. Susun dalam loyang/bekas aluminium.
  5. Kemudian, ratakan sos daging
  6. Susun lagi roti yang dicelup
  7. Habiskan sos daging yang berbaki
  8. Lebihan telur disiram atas sos daging
  9. Dan taburkan mozarella cheese banyak banyak banyak banyak
**Bakar pada suhu 160 darjah sampai masak. Dalam 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Lasagna Mudah
Nyummeh
Tadaaa. Dah siap. Harum bau cheese mencair menusuk dalam hidung. Akhirnya daku berjaya bereksperimen dengan masakan yang menggunakan cheese

Dah habis dah pun. Alhamdulillah. Kebetulan adikku Hilmi ada, rezeki dia terpaksa mencuba resipi along nya ini. Nasib la menjadi juga. 

Lasagna Mudah

Nak komen sikit resipi ni. Rasanya boleh ditelan, tapi cuba korang letak cheese dari lapisan pertama. Mesti lagi terasa kelemakan cheese tersebut. Kalau tak suka cheese, letak je ikut resipi asal.

Dan kalau suka pedas, kat inti tu tumis lada kering sikit sedap jugak kot. Ikut la tekak masing-masing. Kita yang buat kan. Cuma tak jadi western la sangat. Yang style daku ni tak pedas sebab nak makan ngan Arief dan Firaas.

Banyak lagi versi resipi Lasagna Roti ni. Cuba carik kat encik Google tersayang. Tapi untuk permulaan dan percubaan, buat ini dah cukup menjadi. 

Selamat Mencuba 








Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

7 comments :

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in