Projek Pengeposan Susu (Persediaan)

Salam Januari. Saya nak tidur tapi mata sangat gatal nak menulis blog setelah sekian lama.. Sebenarnya saya sedang bercuti belajar di USM.. Makanya dua anakanda tercinta terpaksa berdikari di rumah pengasuh.. Abang Arief dah biasa berdikari dan sekarang tiba giliran adik Firaas yang baru berusia 2 bulan 19 hari untuk belajar menjadi anak yang berdikari. Mama tahu anak mama boleh berdikari macam mama..

breastfeeding
Firaas Ku... In shaa Allah Mama will do anything for eksklusif bf just for U

Ok kembali kepada projek asal "Pengeposan Susu", saya memang sangat mahu menyusukan zuriat saya in shaa Allah secara eksklusif. Jadi sebelum ke USM, saya hanya sempat meninggalkan stok ebm untuk anakanda Firaas cukup selama 2 minggu. Masalahnya saya cuti belajar selama 3 minggu. Bagaimana dengan stok frozen ebm untuk minggu terakhir?? Jadi, saya mengambil langkah drastik bertanya encik Google, manalah tahu ada mama bloggers pernah buat projek mega pos susu kan. Alhamdulillah saya jumpa satu-satunya blog yang sesuai dengan projek yang ingin dilaksanakan.. Kawan2 boleh rujuk di blog Puan Aqilah untuk rujukan sekiranya mama2 ingin pos susu macam saya..

Jadi, persediaan awal haruslah sediakan barang2 untuk proses pos. Saya menyediakan gabus, soletip untuk wrapping kotak gabus, garam, aluminium foil (suami suruh beli), kertas minyak coklat, permanent marker dan ais. Ini hanya peringkat persediaan dan peringkat perlaksanaan akan diberitahu kelak.. Tunggu....

**update : Saya dah cuba pos susu menggunakan perkhidmatan pos laju.. Malangnya penghantaran tidak dapat dilaksanakan kerana air lebihan ais tumpah. Mungkin saya tidak membalut polestrin dengan baik. Saya mengambil semula bungkusan susu di Pejabat Pos Laju Lebuh Victoria Penang dan mendapati kotak gabus dalam keadaan terbalik.. Walaupun saya letakkan nama pengirim di bahagian atas penutup kotak, tapi mungkin pihak yang mengurus tak kuasa nak concern benda remeh macam ni.. Jadi, saya sangat serik dan sedih... Alhamdulillah berkat sokongan kawan-kawan sekuliah dan idea dari Allah swt, saya mengambil keputusan untuk membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan bas. Saya akan update penghantaran susu menggunakan bas untuk tatapan mama-mama semua. 

**update : Tak sempat nak buat post baru. Maafkan saya sebab tak post pun update terkini. Untuk penghantaran susu melalui bas, puan-puan perlu bekukan dahulu ebm. Kemudian, sediakan kotak gabus saiz sederhana, balut bahagian dalam gabus dengan kertas aluinium foil. Then, letak ebm beku berselang dengan ais. Atas ais perlu ditabur garam kasar, untuk kekalkan suhu ais supaya ebm tidak cair sepanjang perjalanan. Last, balut kotak gabus sekemas mungkin. Tulis kat atas (frozen food).

Dah siap, tengok perjalanan bas yang menuju ke destinasi. Deal dengan driver supaya hantar kotak gabus kepada keluarga kita yang menunggu di stesen bas (hometown). Bagi no telefon ahli keluarga di sana. Biasa saya bagi upah RM40 atau lebih. Asalkan susu sampai ok sangat, Sepanjang 10 jam perjalanan, alhamdulillah susu masih beku. Sekian, terima kasih. Kalau nak urgent call saya 012 7050032



Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:

Nur Suria Binti Sulaiman
Shaklee Independent Distributor ID : 1107828
Call/SMS/Whatsapp: +6012 705 0032
Facebook : Shukran Shop
Instagram : Sunz Sulaiman
Email : sunz7300@gmail.com

12 comments :

  1. Pos laju mmg tak mahu terima kiriman bentuk cecair kan? Saya ada dgr mereka ckp masa pos brg sblm ni. Katanya mrk tak bertanggungjwb jika pecah atau sebagainya. Usaha yg gigih. Kagum.

    ReplyDelete
  2. Ummi Iman, Pos laju tidak akan pos bungkusan yang ada ais. Saya declare frozen ebm tu sebagai frozen food.. Tak cakap la dalam tu ada ais.. Yang kantoi tu sebab air lebihan ais keluar.. Kalau guna ais kering atau gabus tak diterbalikkan in shaa Allah mereka tak perasan yang saya letak ais.. Tapi setiap berlaku ada hikmahnya kan .. Sekarang frozen ebm dalam perjalanan ke Johor.. Moga selamat sampai ke destinasi..

    ReplyDelete
  3. memang gigihlah! percayelah ade reward Allah buat anak2..mintak kat Allah (ustz ajar kite boleh ungkit kebaikkan kite buat kepd Allah ambil ikhtibar pemude yg terkurung dalm gue tu :) mudah2an dgn ushe gigih sunz, Allah kurniakan anak2 yang alim ulama beramal dgn amalan para mujahiddeen / ahli syurge...doakan kami sekeluarge d sunz! :)

    kite same2 pumping mom tapi rintangan sunz lebih hebat..mudah2an kemenangan besar buat anak2..aminn!!

    ReplyDelete
  4. salam kenal juga.. balas kunjunga... sy cuba follow blog awak tp x blh x pasti kenapa.... apapun salam kenal....

    moga dipermudahkan untuk menyusukan baby...

    ReplyDelete
  5. Thanks Ummu Muhammad dan Masya.. mudah-mudahan doa kalian memudahkan perjalanan kami sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. rase nak meleleh air mate ni bile kenangkan perjalanan membesarkan anak2 tanpa suami dan perlu gigih untuk berikan anak yang terbaik..
    segala2nya untuk anak..biaq pi org nak kata kutuk..tehegeh2 kita yg nk jadikan anak yg terbaik Dia saja yang tahu.

    suzie

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas komen semua.. Terharu sangat dapat feedback yang baik. Moga usaha dan pengorbanan kita semua dipermudahkan ..

    ReplyDelete
  8. Saya perlukan upadate segera sbb sy dalam keadaan sama skrg. Tlg saya :(

    ReplyDelete
  9. Saya perlukan upadate segera sbb sy dalam keadaan sama skrg. Tlg saya :(

    ReplyDelete
  10. Saya perlukan upadate segera sbb sy dalam keadaan sama skrg. Tlg saya :(

    ReplyDelete
  11. Jika boleh,hntar la info cepat kpd sy 0164924692...jazakillahhhh����

    ReplyDelete

 
Copyright © d'sunz | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in