Wah sudah bersawang blog saya ni. Sama la reason dengan Arm Zaiham, kekangan masa tidak mengizinkan.. Saya sangat sibuk berpindah rumah dari Quarters Pejabat Agama ke Taman Aman Kluang. Sirih pulang Ke Gagang... Abah dah pencen so pindah semula ke rumah lama... Kenapa pulak mama Arief tak tinggal ngan baba Arief... Panjang ceritanya..Oklah dah lari tajuk.. Semalam saya sempat buat persediaan makanan Arief untuk dibawa ke rumah Nenek Pengasuh.. Setelah 2 blog saya terjah dan rasa macam boleh buat (biasa la kemalasan sikit), jadi inilah hasil percubaan..
Sila la terjah blog (alamak tak ingat, nanti saya update) sebab kongsi ilmu pasal makanan si manja..
saya dah makan..anda bila lagi.. |
Untuk permulaan, saya kisar beras. Mula-mula basuh beras dan sangaikan atas kuali. Saya sangai sebab nak keringkan beras tu.. Takkan nak kisar basah-basahkan. Takut tak tahan lama nanti. Dah agak-agak macam kering (ada sarankan sampai beras keperangan), tutup api dan biarkan beras sejuk untuk seketika. Seterusnya ambil pengisar kering, dan silalah kisar beras tu sampai halus.
Kenapa ye beras dikisar. Bila kita kisar beras, masa untuk memasak bubur dapat dijimatkan. Saya masih mencuba memasak bubur dalam masa 5 minit, tapi macam kasar lagi tekstur bubur dalam masa 5 minit. Kena lebihkan masa lagi. Mungkin kurang air. Cubalah buat sukatan bubur dan air yang betul untuk dimasak dalam masa 5 minit. Kalau jadi boleh kongsi-kongsi kat blog dan link sekali kat blog ni. (macam la glemer sangat blog mama arief nie).
bubur ni dah membuak sebenarnya..ha..ha.. habis.. |
Bubur dah siap. Saya agak-agak jer. Rasa macam dah lembut boleh la tutup api. Biarkan bubur sejuk sikit. Kemudian boleh la ambil pengisar dan kisar halus bubur dan ditapis. Nanti akan dapat tekstur bubur yang sangat halus macam gambar kat bawah. Sikit je dapat, hanya 3 bekas.. Biasalah masih dalam peringkat percubaan. Alah bisa tegal biasa.
bubur yang halus.. sesuai la untuk memperkenalkan makanan pada bayi |
Ok, bubur dah siap. Boleh la disimpan dalam peti ais. Saya buat untuk 2 - 3 hari je. Lepas tu masak lagi. Nak buat banyak-banyak macam kesian pulak bagi yang kurang segar pada Arief. Tapi tabik kat mama-mama yang hari-hari masak bubur untuk bekalan anak sepanjang waktu berkerja. Bangun pagi dah kena berkejar masak bubur. Herm.. (bila la boleh jadi super mama ni)..Semuanya pasal masa. Kalau pandai urus masa, semua kerja boleh dibuat. Asalkan rancang dari awal. Mama Arief masih balajar lagi. Sebab baru perkenalkan makanan pada Arief. Sebelum ni sediakan ebm jer untuk bekalan Arief ke rumah pengasuh. Sekarang ebm + bubur + puree. Err, saya cuba jugak buat puree. Macam gambar kat bawah ni.
pureelobak dan kurma |
Tengok warna puree ni, mesti korang tahu mana lobak mana kurma kan. Saja ja cuba buat sikit-sikit sebab nak pelbagaikan rasa bubur Arief. Permulaan Arief cuma makan bubur kosong + ebm atau kosong terus. Selamat la dia nak makan. Lepas ni nak campur puree pula. Saya ni nak ekspress jer.Tu yang buat puree. Nanti senang masukkan jer dalam bubur, kacau sikit-sikit, dah siap. Jimat masa.
Cara-cara buat puree. Contoh kurma. Korang siat la kurma dan rebus biar lembut. Bila dah lembut, silalah tutup api. Biarkan ia sejuk seketika, dan kisar guna air yang cukup-cukup untuk kisar. Agak-agak la ye. Lepas tu masukkan dalam bekas kiub ais. Dan wrapping guna plastik jernih, yang penting tutup puree tu sebelum masuk dalam peti ais beku. Anda kena la tutup untuk elak bakteria kot. Semua makanan kene tutup kan kalau ikut logik. Biarkan la puree tu beku. Bila dah beku, keluarkan dari bekas kiub ais dan letak dalam bekas kecil atau plastik kecil. Labelkan dengan tarikh. Sebabnya puree ni bertahan dalam masa 2 minggu. Kena habiskan sebelum tiba masanya. Lagi cepat lagi bagus. Itu yang saya baca melalui blog, tapi kalau ada nak bantah, silalah. Saya buat untuk seminggu je. Kenapa kena asingkan ke bekas atau plastik yang kecil. Sebabnya, takkan la nak beli kiub ais banyak-banyak kan. 2 sudah memadai. Buat la berjenis-jenis puree. Ikan bilis, lobak, kentang, eh macam-macam la.. Tanya pakcik Google untuk resepi yang pelbagai.
Nak guna puree ni senang je. Bila bubur kosong yang kita masak dah lembut, anda boleh la masukkan puree seketul atau dua ketul dalam bubur tu. Kacau-kacau sikit-sikit dah siap. Tak payah nak tunggu lama-lama kan. Tukar la menu hari-hari. Hari ni masukkan puree lobak + ikan bilis. Esok puree kentang + ikan bilis. Begitulah seterusnya.
Arief mengemas barang nenek. |
oo baru paham puree tu mcm mamne..thankks 4 d info..bekalan dimasa mendatang...jauhi anak2 kite dgn snek n biskut..air tgn mama is d best! ;)
ReplyDeletetakpayahla tunjuk rumah bersepah..-,-arieff,nanti balik mokde mandikan lagi eh..hikss
ReplyDelete